PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

09 August 2014

**LAPORAN PENUH IHRAM PROJECT 2014 @ YAYASAN AL-KHALIFAH**

**LAPORAN PENUH IHRAM PROJECT 2014 @ YAYASAN AL-KHALIFAH**





IHRAM PROJECT 2014 adalah penjenamaan semula program Ihya Ramadhan Bersama Masyarakat Minoriti (Muallaf Orang Asli) bagi tahun 2014/ 1435H di bawah pengurusan NGO Yayasan Al-Khalifah serta bekerjasama dengan rakan strategik NGO Islam lain.

Pihak IHRAM PROJECT telah berjaya menjalankan 3 Kempen bersempena Ramadhan iaitu: 'KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS', 'KEMPEN IFTAR/BERBUKA PUASA: TAJA 1 RINGGIT UNTUK 1 ORANG ASLI’ dan ‘KEMPEN TAJAAN TERBUKA’. Dan juga 1 Kempen bersempena Sambutan Syawal iaitu ‘KEMPEN KASIH SYAWAL’.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi, dengan sokongan seluruh tenaga kerja jawatankuasa, sukarelawan, media dan penyumbang dana telah berjaya menganjurkan program ini ke perkampungan orang Asli seluruh Semenanjung Malaysia dengan jumlah sebanyak 56 BUAH PERKAMPUNGAN ASLI dan 1 Buah Hospital
------------------------------------------
# KAMPUNG ASLI TERLIBAT DALAM IHRAM PROJECT 2014:

Kelantan
Gua Musang :
•Pos Brooke- Kg Mendrop,Kg Jelgel,Kg Brooke Lama,Kg Jerdip , Kg Chekau.
•Pos Hau- Kg Tapai,Kg Enching,Kg Tampok
•Pos Balar- Kg Perawas, Kg Balar Lama, Kg Dakoh, Kg Balyek, Kg Ipes, Kg Peng, Kg Tembaga, Kg Telur A & Kg Telur B
•Pos Belatim- Kg Belatim
•Pos Bihai- Kg Kuala Bayo
•Pos Blau- Kg Om, Kg Salyek
•Pos Tuel-Kg Tuel,Kg Pelug,Kg Hanir,Kg Kerbuk,Kg Ber,Kg Poh,
•Kuala Betis- Kg Galas Setia, Kg Lambok, Kg Rumlaek
•Kg Kuala Lah

Perak
Sg Siput:
•Pos Kuala Mu-Kg Bersah,Kg Kuala Mu,Kg Gapeh Hulu,Kg Gapeh Hilir,Kg Toi
•Pos Yum- Kg Kotai, Kg Beswok,
•Kg Husin
Simpang Pulai:
•Kg Pawong
Pengkalan Hulu:
•Kg Bukit Asu
Lenggong;
•Kg Air Bah,Kg Bukit Sapi

Pahang
Cameron Highland:
•Kg Teji, Kg Abu, Kg Senangkar
•Pos Lemoi,Kg Chenan Cherah
Temerloh:
•Kg Paya Pelong
Kuala Lipis:
•Kg Pantos

Johor
Kota Tinggi:
•Kg Sayong Pinang, Kg Pasir Intan, Kg Kempas Menang

Kedah
Baling;
•Kg Lubuk Legong

Selangor
Gombak;
•Kg Batu 12, Kg Sg Larah

Hospital
•Hospital Gua Musang

# SUKU KAUM ASLI YANG TERLIBAT DALAM IHRAM PROJECT 2014:

Temiar, Mendriq, Semai, Jahut, Kensiu, Kintak, Lanoh, Jakun, Temuan

------------------------------------------
# SUMBANGAN IHRAM PROJECT:

Alhamdulillah, Kutipan nilai sumbangan yang diperolehi sepanjang kempen IHRAM PROJECT 2014 adalah dianggarkan sebanyak RM 100,035.20 (termasuk nilai ‘tunai’ dan nilai ‘fizikal’ sumbangan).

>>KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB):

BERAS:
Jumlah BERAS PEK (5 kg) = 1232 PEK
Jumlah Kilogram = 6160 KG

>>KEMPEN TAJAAN TERBUKA:

ALATAN SOLAT:
Telekung = 180 set, Kain batik = 200 helai, Kain Pelikat = 160 helai
Sejadah = 70 helai, Kopiah/Songkok = 200 buah
KURMA: 50 Kotak (10 Kg)= 500 Kg
SET DAPUR: 10 Unit
Dan Lain-lain

>>SUMBANGAN WANG ZAKAT:
1. Masjis Saidina Umar Al-Khatab Damansara KL: Pos Brooke G Musang ( Kg Jerdip,Kg Mendrop,Kg Jelgel,Kg Brooke Lama)
2.Masjid Saidina Abu bakar Ak-Khatab Bangsar KL: Pos Tuel G Musang (Kg Pelug, Kg Tuel, Kg Hanir,Kg kerbuk, Kg Ber)

>> LEBIH 1,500 KELUARGA ORANG ASLI MENDAPAT MANFAAT SUMBANGAN IHRAM PROJECT

>> LEBIH 300 SUKARELAWAN TERLIBAT

-----------------------------------------
PROGRAM IHRAM PROJECT 2014:

Program IHRAM PROJECT yang telah berjaya dijalankan:

Pra Ramadhan:
17-20 Jun 2014:Hari Teknologi LGM & Pra Ramadhan Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak (Kg Kuala Mu,Kg Gapeh Hulu,Kg Gapeh Hilir,Kg Toh, Kg Bersah)
20-22 Jun 2014: Kembara Ya Hanana Ihya Ramadhan Pos Lemoi, Cameron Highlands Pahang (Pos Lemoi,Kg Chenan Cherah)
21 Jun 2014: Kembara Pra Ramadhan Pos Yum, Sg Siput perak (Kg Beswok & Kg Kotai)

Ramadhan:
28 Jun-27 Julai 2014 : "Raikan Sebulan Terawikh" di Kg Batu 12, Gombak Selangor
28-29 Jun 2014: "Raikan 1 Ramadhan" Bersama Alumni Comrade UAIM di Kg Teji,Kg Abu & Kg Senangkar Cameron Highlands Pahang
3-6 Julai 2014: Jelajah IHRAM Project Pos Orang Asli Pedalaman Ulu Kelantan : Pos Balar (Kg Perawas,Kg Balar Lama,Kg Dakoh,Kg Balyek,Kg Ipes,Kg Peng,Kg Tembaga,Kg Telur A & B)
9-10 Julai 2014: Program Ihya Ramadhan di Pos Yum,Sg Siput Perak.
11-13 Julai 2014:Program Ihya Ramadhan bersama Masjid Damansara,RCMP,KTP,PERKIM di Pos Brooke (Kg Mendrop,Kg Jelgel,Kg Brooke Lama,Kg Jerdip Luar dan Kg Jerdip Dalam, Kg Chekau)
12-13 Julai 2014: Program Ihya Ramadhan di Pos Tuel bersama HKL & UIAM (Kg Tuel,Kg Pelug,Kg Hanir,Kg Kerbuk,Kg Ber,Kg Poh), Gua Musang Kelantan
15 Julai 2014: Program Ihya Ramadhan di Kg Paya Pelong, Temerloh Pahang
16 Julai 2014: Program Pengislaman & Pernikahan OA dan Iftar Mega JAKIM di Kg Pantos, Kuala Lipis Pahang
18 Julai 2014: Program Pengislaman dan Iftar Mega JAKIM di PULDOA, IOA Kok Lanas Kota Bahru
16-25 Julai 2014: Projek ‘Kuih Raya’ di Perkampungan Orang Asli Kuala Betis (Kg Lambok,Kg Kuala Lah,Kg Galas Setia)
19 Julai 2014: Program Ihya Ramadhan bersama KSDK MBPJ di Kg Bukit Asu Pengkalan Hulu, Baling Kedah
19 Julai 2014: Program Ihya Ramadhan KSDK MBPJ di Kg Lubuk Legong, Baling Kedah
20 Julai 2014: Program Ihya Ramadhan Kg Air Bah, Lenggong Perak
20 Julai 2014: Program Ihya Ramadhan Kg Bukit Sapi, Lenggong Perak
20 Julai 2014: Program Ihya Ramadhan Kg Pawong, Simpang Pulai perak
19-20 Julai 2014: Program Ihya Ramadhan bersama Alumni Comrade UIAM di Kg Husen, Sg Siput perak
21 Julai : Program Ihya Ramadhan Kg Sayong Pinang, Kg Pasir Intan,Kg Kempas Kota Tinggi Johor
23 Julai 2014:Program Ihya Ramadhan Kg Sg Larah, Ulu Yam Selangor
22-24 Julai:Program Sumbangan Syawal di Pos Bihai (Kg Kuala Bayo),Pos Belatim (Kg Belatim),Pos Balar (Kg Perawas,Kg Balar Lama,Kg Dakoh,Kg Balyek,Kg Ipes,Kg Peng,Kg Tembaga,Kg Telur A & B) dan pos Hau (Kg Tapai,Kg Enching,Kg Tampok)
24-25 Julai 2014: Program Pengislaman dan pengagihan zakat Pos Tuel bersama Masjid Bangsar Gua Musang Kelantan
25 Julai 2014:Ziarah Ramadhan Hospital (Mempunyai pesakit Orang Asli): Hospital Gua Musang
25 Julai 2014: Program Ihya Ramadhan di Pos Blau (Kg Om, Kg Salyek & Kg Rumlaek)
27 Julai 2014: Program ‘Raikan Ambang Syawal’ di Pos Kuala Mu,Sg Siput Perak
28 Julai 2014: Program ‘Raikan 1 Syawal’ di kg Beswok & Kg Kotai di Pos Yum, Sg Siput Perak
---------------------------------------
# PENGISLAMAN ORANG ASLI:

Seramai 76 orang Asli telah memeluk Islam semasa Ramadhan 1434H. (Penglibatan IHRAM Project dengan kerjasama bersama agensi lain seperti IOA,JAKIM,JAHIEK dll)

Kelantan
18 JULAI 2014: PULDOA Kok Lanas, Kota Bahru =38 Orang
25 JULAI 2014: Pos Tuel Gua Musang = 32 Orang

PAHANG
16 JULAI 2014: Kg Pantos, Kuala Lipis = 3 Orang

PERAK
21 JUN 2014: Kg Beswok, Pos Yum,Sg Siput =3 Orang

JUMLAH BESAR = 76 Orang
------------------------------------

Justeru, infiniti ucapan kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutama para dermawan dan sukarelawan IHRAM Project @ Yayasan Al-Khalifah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Maka, bersamalah kita menghidupkan hari raya Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa taqwa hasil dari ketaqwaan bulan Ramadhan yang lalu.

Sesungguhnya “Dengan Taqwa Lebaran Lebih Bermakna”.

Terima Kasih,

Salam perjuangan,

Nor Azhar B Mohamed
Pengarah IHRAM Proejct 2014 @
Pengurus Pembangunan Program Yayasan Al-Khalifah

1 komen:

octaviesabean said...

Gambling with Bitcoin at JT Casino - JeT Hub
Join 논산 출장마사지 today 청주 출장샵 to 인천광역 출장안마 get 대전광역 출장샵 up to $1000 sign up 울산광역 출장마사지 bonus for a range of exciting casino games including Slots, Blackjack, Roulette, Video Poker.

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...