21&22 MEI 2011: Pengembaraan dakwah ke belantara Cameron Highland baru-baru ini menjadi kenangan yang terindah kepada para aktivis Yayasan Al-Khalifah. Marhalah dakwah mengharungi pelbagai ranjau dan cabaran perjalanan menjadikan ia sesuatu yang cukup istimewa.
Boleh dikategorikan sebagai 'hardcore' bagi perjalanan ke Pos Lemoi ini apabila segala pakej kesukaran 'offroad' bagi peminat 4x4 ada di sini. Jalan berselut melebihi paras lutut, batuan air terjun menghampari perjalanan, kesukaran mendaki dan menuruni bukit yang licin dan berlongkang dalam, gaung di kiri kanan dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, ianya cuma cabaran fizikal yang tidak mematahkan semangat kami untuk menuju ke perkampungan asli walaupun akhirnya terpaksa berjalan kaki berjam-jam lamanya. Ianya cuma sekelumit dugaan daripada Allah untuk orang yang berjuang pada jalan-Nya seperti firman Allah di dalam Quran;
“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan saja mengatakan ‘kami telah beriman’ padahal mereka tidak di uji ?" Al-ankabut: 2
Lantas, ia menjadi inspirasi bagi kami untuk lebih cekal dan tabah menghadapi situasi seperti ini.
Kegigihan jelas ternampak di wajah aktivis wanita membawa anak-anak asli kecil ke perkampungan untuk memastikan mereka selamat dan aktivis lelaki berjuang melawan kesukaran jalan bagi memastikan 2 buah kenderaan 4wd yang dibawa selamat sampai ke perkampungan hingga ke dinihari.

Namun apakan daya, kenderaan menghadapi batasnya apabila gagal untuk mengharungi selut yang dalam di pertengahan jalan. Setelah membuat perbincangan, sebahagian bermalam di tengah belantara untuk menjaga kereta manakala yang lain meneruskan misi mencari bantuan orang kampung.
Keesokkan paginya, orang kampung beramai-ramai membantu mengeluarkan kenderaan kami yang tersangkut. Sebahagian aktivis yang sudah berada di perkampungan membuat modul untuk kanak-kanak dan menziarahi rumah penduduk. Ternyata penduduk kampung Pos Lemoi agak peramah dan mudah didekati. Lebih-lebih lagi dipimpin oleh Tok Batin Zainal yang amat peramah dan berdedikasi untuk membantu kami.
Tapi, kami tidak berada lama di kampung tersebut kerana perlu keluar dengan segera disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Tapi, kami tidak berada lama di kampung tersebut kerana perlu keluar dengan segera disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Alhamdulillah, perjalanan keluar tidak sesukar perjalanan masuk ke kampung. Akhirnya, kami selamat keluar ke jalan besar ketika hari sudah menuju senja.
Bersyukur kepada tuhan pencipta alam dan terima kasih pada layanan mesra penduduk kampung Pos Lemoi. InsyaAllah kami akan kembali pada masa mendatang..
Bersyukur kepada tuhan pencipta alam dan terima kasih pada layanan mesra penduduk kampung Pos Lemoi. InsyaAllah kami akan kembali pada masa mendatang..
2 komen:
C0ngrats~
"Dan sesungguhnya telah tetap janji kami kepada hamba-hamba kami yang menjadi rasul.(iaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan.Dan sesungguhnya tentera kami itulah yang pasti menang"(shaffat:171-173).
terima kasih atas sokongan saudari akan aktiviti YAK.. semoga mempunyai kesempatan untuk bersama lagi..di masa-masa mendatang.. insya Allah...
Post a Comment