PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

ORANG ASLI

PROGRAM PEMBANGUNAN DAN DAKWAH ORANG ASLI (PPDOA)

Bahagian PPDOA adalah sub-unit di bawah Yayasan Al-Khalifah diketuai oleh Dato Dr Hj Abdul Razak Bin Haji Kechik. Bahagian ini bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan dakwah kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

OBJEKTIF (PPDOA)

1. Mengintegrasikan masyarakat peribumi Orang Asli dengan masyarakat majmuk di negara kita.
2. Membantu membina sahsiah diri dengan aktiviti-aktiviti pendidikan, kebajikan, dan socio-ekonomi.
3. Menggalakkan usaha dakwah dan pengembangan fahaman agama di kalangan masyarakat terpinggir.

AKTIVITI

1. Program kebajikan Orang Asli

1.1 Lawatan ke perkampungan Orang Asli

Lawatan dibuat secara berjadual dan berkala setiap bulan di kampung-kampung Orang Asli seluruh Kelantan, Perak, Pahang, Kedah, Johor dan Selangor dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti rawatan perubatan, jamuan makan, pemberian pakaian terpakai, pemberian bahan makanan, sukaneka, pertanian, ternakan dan sebagainya. Mereka juga dibawa keluar untuk lawatan sambil belajar, rawatan lanjutan di hospital dan kursus di Pusat Latihan Orang Asli Kok Lanas. 

Hampir semua pos dilawati di Kelantan manakala di Perak, pos yang dilawati ialah di kawasan Sg Siput, Slim River dan Simpang Pulai. Di Pahang pula pos yang dilawati adalah pos Tasik Chini, Tasik Bera dan Cameron Highland manakala bagi kawasan Selangor, kampung-kampung yang terlibat ialah sekitar Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat.

Sehingga tahun 2011, kampung-kampung yang dikunjungi oleh Yayasan Al-Khalifah berjumlah lebih 100 buah kampung di seluruh negara.


1.2 Ihya’ Ramadhan dan Qurban
Pada bulan Ramadhan, program Ihya’ Ramadhan diadakan di mana sukarelawan-sukarelawan masuk ke perkampungan Orang Asli untuk berpuasa bersama mereka disamping mengadakan iftar bersama dan sembahyang terawih diikuti dengan rumah terbuka selepas hari raya. Barang-barang makanan seperti pulut lemang, daging/ayam dan sebagainya dibekalkan untuk kampung-kampung tertentu bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menyambut hari raya. Pada musim hari raya qurban, sembelihan korban diadakan untuk kampung-kampung tertentu.


1.3 Latihan dan Dakwah Orang Asli
Sebuah pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) telah diwujudkan sejak tahun 1995 di perairan KADA KOk Lanas, Kota Bharu untuk melatih orang-orang asli, saudara baru dan remaja dalam bidang keagamaan. Kursus-kursus jangka pendek diadakan dari semasa ke semasa untuk orang-orang Asli yang baru memeluk Islam selama dua minggu dengan matlamat mengenali Islam dan Kursus Kefahaman Islam diadakan setiap tahun untuk tempoh suku tahun. Pelajar-pelajar yang baik akan meneruskan pengajaran di Institut Dakwah Perkim (IDIP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Ramai pelajar yang telah berjaya menamatkan latihan di PULDOA telah diambil sebagai pembantu Dakwah oleh MAIK untuk bertugas di kampung-kampung Orang Asli. Kursus Motivasi dan kecemerlangan juga diadakan untuk pelajar-pelajar Orang Asli di waktu cuti sekolah.

1.4 Pembangunan
Sebanyak 22 Dewan-dewan Orang Ramai telah didirikan di tempat-tempat yang diperlukan sebagai Pusat Kegiatan Masyarakat dan tempat untuk penginapan bagi rombongan serta pelawat dari luar, secara gotong-royong dengan menggunakan bahan-bahan tempatan. Paku, atap, zing dan alat-alat pertukangan seperti gergaji, pemukul dan sebagainya dibekalkan oleh pihak kami. Sebuah surau dan dewan batu telah dibina di Kg. Jedip pada tahun 2009.

Sebuah ‘mini hydro’ juga telah dibina di Kg. Tuel, Gua Musang bagi membekal elektrik untuk keperluan kilang memproses ubi dan pisang. Bangunan kilang juga dibina. Walaubagaimanapun, pembalakan yang dijalankan (selepas pembinaan ‘mini hydro’) di kawasan tadahan air untuk ‘mini hydro’ telah menjejaskan perjalanan ‘mini hydro’ tersebut kerana kolam takungan air (weir) sering dipenuhi pasir dan selut. Beberapa perunding ‘mini hydro’ telah pun dijemput untuk memberi nasihat tetapi hingga sekarang belum ada penyelasaian yang konkrit.

Sebuah masjid juga telah dibina di Kg. Tuel dengan kerjasama Masjid Bangsar, MAIK dan JHAIK.

1.5 Pertanian dan Ternakan
Benih pokok buah-buahan, sayur-sayuran dan getah dibekalkan kepada Orang Asli untuk pertanian mereka. Setakat ini sebanyak 30,000 tunggul anak getah telah dibekalkan kepada Orang Asli di pos Tuel, Kuala Mu, Tohoi, Pasik,dan Simpor.

Ternakan kambing dan ayam diadakan di kampung-kampung yang sesuai. Lima buah kampung telah berjaya mengadakan ternakan kambing sejak lima tahun sudah dan usaha ini telah mendatangkan sedikit sebanyak hasil kepada penduduk.

1.6 Koperasi Belia Islam Kaum Asli Kelantan Berhad (KOBIKA)
Koperasi KOBIKA telah ditubuhkan dan diluluskan pada 28 Januari tahun 2010 dengan matlamat untuk membangunkan orang-orang Asli Islam khususnya di Kelantan. Koperasi ini sedang di dalam proses memohon tanah kerajaan untuk dijadikan ladang.

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...