PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

13 March 2012

PROGRAM ZIARAH KOA BUKIT ASU PENGKALAN HULU PERAK (SUKU KAUM KINTAK)

10 Mac- Buat pertama kali, pihak Yayasan Al-Khalifah telah mengunjungi sebuah perkampungan orang asli suku kaum Kintak yang terletak di Bukit Asu, Pengkalan Hulu Perak. Suku Kintak yang tergolong dalam kumpulan Negrito dianggarkan mempunyai jumlah penduduk dalam lingkungan 170 orang.

Seperti rumpun bangsa Negrito yang lain, secara fizikalnya kaum lelaki dan wanita Kintak juga bertubuh rendah (anggaran lelaki 150 cm dan wanita 140 cm) kecil, berkulit gelap dan berambut kerinting.

Walaupun mereka diberitakan pernah tinggal bertaburan di utara Semenanjung, khususnya dalam wilayah dari Sungai Kerumi di Utara Grik memanjang di Simpang Empat di Baling dan melebar ke bahagian sisi garisan ini sehingga ke Air Panas di Keroh. Tetapi kini terdapat hanya sebuah penempatan tetap masyarakat ini di Semenanjung Malaysia.

Penempatan yang dimaksudkan ialah Kampung Bukit Asu di Grik dalam daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan. Kampung ini kini boleh dihubungi dengan semua jenis kenderaan darat, kecuali kenderaan pacuan empat roda diperlukan dalam keadaan-keadaan tertentu. 

Ianya terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Grik menghala ke bandar Keroh (Pengkalan Hulu), 20 kilometer melalui jalan utama hingga ke persimpangan lombong lama di Kelian Intan dan 5 kilometer melalui jalan tanah merah dari simpang berkenaan. Kampung ini berjiran dengan penempatan masyarakat Melayu di utara dan penempatan masyarakat Siam di selatan.

Kunjungan tidak sempat bertemu Tok Batin kerana beliau ada urusan di luar. Tetapi kami sempat beramah mesra dengan isteri Tok Batin dan Penduduk di situ.Walaupun kunjungan di kampung ini singkat, namun Insya Allah, akan diadakan program besar di sini bersama sukarelawan Yayasan Al-Khalifah pada masa mendatang.

Isteri Tok Batin bernama Me' Yah
Atok 'Wey' yang peramah
En Shamsul bertanya kabar kepada penduduk kampung
Salah satu sumber ekonomi di sini  (baja)

Kawasan kampung Bukit Asu yang aman dan damai


0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...