16-19 Mac 2012- Unit Program Pembangunan Dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) di bawah Yayasan Al-Khalifah dengan kerjasama IOA Kelantan telah mengendalikan program Kembara Dakwah Pos Balar dan Pos Belatim bagi bulan Mac 2012 yang telah disertai oleh Exco Sekretariat Latihan Kepimpinan dan Ta'aruf Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Program selama 4 hari tersebut adalah sebagai salah satu bentuk tinjauan kepada exco secretariat sebelum mereka melaksanakan satu program berskala besar bersama masyarakat orang asli yang dijangka bakal diadakan pada bulan Mei nanti juga di kawasan perdalaman Gua Musang Kelantan.
Justeru, program kali ini diadakan sebagai satu bentuk pendedahan kepada peserta akan budaya, cara hidup, dan pesekitaran masyarakat orang asli di perdalaman yang serba serbi jauh dari pembangunan. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti modul permainan, rawatan kesihatan, grooming, kenduri, tayangan dan ziarah mahabah.
Alhamdulillah, 2 orang penduduk yang baru memeluk Islam telah dapat dihantar untuk melanjutkan pelajaran agama di IOA Kok Lanas Kelantan. Pihak yayasan juga telah membawa keluar beberapa orang pesakit seperti lelah dan stroke mendapat rawatan selanjutkan ke hospital JAKOA Gombak Selangor.
Gambar program boleh dikunjungi di dalam:
0 komen:
Post a Comment