PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

05 May 2010

DAKWAH PENTINGKAN GOLONGAN SASARAN!..


program dakwah di perkampungan asli Pos Simpor,Gua Musang Kelantan 

ALLAH SWT menegaskan dalam firmanNya; Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang Berjaya (Ali Imran : 104)

 
Apakah definisi Dakwah dalam Islam?

Secara mudahnya ulama menyimpulkan dakwah sebagai usaha membawa manusia ke jalan Allah.Usaha ini dijalankan supaya umat Islam menjadi umat paling mulia, terkuat, termaju dan terbaik.

Dalam perspektif lain, dakwah adalah usaha untuk menarik kumpulan sasar kepada kebaikan Islam agar selaras dengan status Islam iaitu agama paling mulia.

Satu aspek penting dalam dakwah ialah ia menyepadukan kepentingan dunia dan akhirat. Contohnya, jika berniaga ia membangunkan ekonomi diri dan juga negara manakala bagi akhirat ia menyediakan pahala yang banyak.
Ramai yang beranggapan dakwah adalah tugas pihak berkuasa seperti Jabatan Agama, Ustaz dan sebagainya. Bagaimanakah membetulkan tanggapan seperti ini?

Kita harus ingat dakwah adalah usaha yang besar kerana mahu membangunkan manusia bukan mudah. la memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Kita bercakap soal dakwah yang lebih global bukan setakat berceramah di masjid atau surau.

la adalah usaha meningkatkan mutu dan kualiti umat, menghalang segala keburukan dan kerosakan.

Oleh itu, ia memerlukan usaha yang kolektif (berjemaah) dari pelbagai pihak. Sudah tentu peranan agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jabatan-jabatan agama, para ustaz dan imam adalah lebih besar. Namun, mahasiswa serta masyarakat tidak ketinggalan melakukan tugas mengikut kemampuan masing-masing.


Apakah strategi yang perlu ada dalam berdakwah supaya kita dapat memikat golongan yang suka melakukan maksiat?

Pada asasnya orang melakukan maksiat apabila ada kemahuan atau niat dan ada peluang. Oleh itu pendekatan aqidah adalah amat penting. Setiap orang perlu membersihkan diri daripada sebarang niat melakukan maksiat.

Dalam hal ini, usaha dakwah perlu menggunakan pendekatan nasihat dan psikologi dengan menonjolkan aspek ketuhanan, akhirat, rahmat Allah dan kasih sayang-Nya serta balasan kepada mereka yang melakukan maksiat.

Masyarakat juga boleh membantu. Jangan pinggirkan mereka kerana perbuatan sedemikian akan menyebabkan golongan ini berasa tidak dihargai dan dibenci. Akhirnya, ini menyebabkan mereka mengulangi maksiat yang serupa.

Kita perlu lebih simpati dalam melayan golongan yang terlibat dengan maksiat ini mudah-mudahan perasaan dan tabiat tidak elok itu boleh dibuang. Ini dilakukan oleh Rasulullah yang menggunakan pendekatan menyayangi dan prihatin kepada golongan terlibat.

Lagipun dalam Islam, orang yang melakukan maksiat seperti mencuri, ragut dan sebagainya bukanlah suatu keaiban yang besar. Keaiban lebih besar ialah membiarkan diri bergelumang dalam maksiat tanpa berusaha membersihkannya (taubat).

Sebab itu, pintu taubat sentiasa dibuka. Kita juga tidak boleh mendabik dada dan menjamin tidak melakukan maksiat apabila behadapan dengan situasi yang menyediakan peluang dan niat berbuat maksiat. Yang boleh kita lakukan iaiah berdoa agar dijauhkan daripadanya, di samping usaha ke arah itu.



Bagaimanakah dapat dicapai dakwah secara berhikmah?

Usaha dakwah perlu dibuat mengikut keadaan atau kumpulan sasar. Sebahagian ulama menyebut, kumpulan sasar hari ini menghadapi pelbagai penyakit dan masalah. Lalu memerlukan ‘ubat’ oleh pendakwah. Jadi pendakwah perlu meneliti, mengkaji sebelum memberi ‘ubat’ agar penyakitnya sembuh. Kadangkala ‘ubat’ itu keras walaupun selalunya lembut. Mereka yang boleh melakukan sedemikian boleh digelar pendakwah berhikmah. Ulama turut menggariskan beberapa panduan mencapai dakwah berhikmah iaitu;

Pertama, mempunyai matlamat yang jelas sesuai dengan masalah.

Kedua, jangan memberi tanggungjawab yang dirasakan terlalu membebankan golongan sasar. Dalam hal ini kita perlu mencontohi kisah seorang lelaki yang suka minum arak yang diajak memeluk Islam. Rasulullah tidak memberatkan lelaki itu dengan pelbagai hukum sebaliknya, baginda cuma memberi satu syarat iaitu jangan berbohong. Disebabkan dakwah berhikmah itu, lelaki tersebut bukan sahaja memeluk Islam tetapi juga berhenti minum arak kerana tidak mahu berbohong kepada baginda.

Ketiga, ada tolak ansur yang jelas disertai oleh strategi.

Keempat, jangan menekan perkara khilaf dalam kalangan ulama sebaliknya ambil yang pasti.

Kelima, perlu lahirkan kesedaran dan kefahaman supaya kumpulan sasar tidak merasakan sesuatu tanggungjawab itu sebagai beban.

Akhirnya, memberi layanan baik terhadap kumpulan sasar dengan menampakkan usaha dakwah membawa keuntungan yang besar. Malah Rasulullah turut menggunakan teknik ini dalam surat baginda kepada golongan raja yang menyeru mereka memeluk Islam nescaya mereka akan selamat.


Ada dakwaan pendekatan dakwah Islam lemah dari segi psikologi berbanding gerakan mubaligh kristian. Sejauh mana kebenarannya?


Memang ada kebenarannya. Ini kerana ramai pendakwah kita melihat kerja dakwah ialah menyebar agama kepada golongan sasar tanpa melihat keperluan dan keadaan diri mereka. Ini menyebabkan kalau keadaan itu sesuai dengan seseorang, ia akan diterima. Jika tidak, usaha itu akan gagal.

Pihak kristian misalnya melihat kepada aspek keperluan. Contohnya. gerakan kepada masyarakat orang asli. Mereka akan duduk bersama golongan sasar bertahun-tahun lamanya bagi mengkaji cara hidup golongan ini. Mereka juga mempunyai satu pasukan lain untuk berdakwah kepada kumpulan sasar berdasarkan maklumat-maklumat kajian tadi. Pendekatan begini jarang dicontohi oleh pendakwah Islam.

Selain itu, gerakan kristian mempunyai strategi suka mengambil peluang. Ia menyebabkan kumpulan sasar akhirnya termakan akibat ‘paksaan secara halus’. Mereka memberi perhatian kepada kebajikan dan menghulur bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Akhirnya, kumpulan sasar terpaksa terima. Jika tidak, masalah tidak selesai.

Bagaimanapun, perlu kita ingat yang Islam ini berkembang atas dasar kefahaman dan kesedaran. Apabila manusia sedar maka ia akan menghayati Islam sepenuhnya.

Antara kekurangan dalam dakwah Islam ialah program susulan terutama membabitkan pengIslaman saudara baru sepeeti di perkampungan orang asli. Bagaimanakah cara mengatasi masalah ini?

Saya mengakui hal ini agak ketara. Ini kerana tanggapan kumpulan sasar seperti Orang Asli atau saudara baru adalah kumpulan pinggiran dan tidak termasuk daiam penglihatan biasa atau ‘kawasan liputan’ pendakwah.

Mereka tidak diberi perhatian sewajarnya kerana dianggap tidak penting apalagi di Malaysia ramai yang memeluk Islam untuk mendapatkan sesuatu seperti berkahwin atau menyelesaikan masalah tertentu.
Ini adalah kesilapan yang perlu segera dibaiki. Dasar berdakwah kepada golongan ini memang ada tetapi pelaksanaannya masih kurang menyebabkan golongan terlibat masih ketinggalan.



Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh orang Islam terutama golongan usahawan dalam membantu gerakan dakwah dari segi penyediaan dana?


Dakwah adalah kerja besar yang perlu kepada beberapa perkara seperti dana, usaha iaitu jiwa dan pengorbanan dan kemahiran. Adalah sukar untuk mencari individu yang mempunyai ketiga-tiga pakej ini. Ada golongan yang banyak duit tetapi tidak ada kemahiran atau tidak mampu berkorban.

Oleh itu mereka yang berkemampuan harus menghulurkan sebahagian kekayaan mereka bagi tujuan ini. Renunglah firman Allah, Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (at-Taubah: 20)

Apakah maksud tiada paksaan dalam agama?

Memang dakwah itu tidak perlu paksaan kerana ciri utama dakwah ialah memberi penjelasan dengan nyata. Penerimaan dakwah dibuat atas kesedaran, kefahaman dan kerelaan bukan membuta-tuli atau terpaksa kerana golongan begini tidak berkualiti.

Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah ini perlu difahami secara keseluruhan dan bukan terhenti setakat tiada paksaan dalam agama. Dalam Islam, sesuatu kewajipan yang dilakukan untuk kebaikan bukanlah paksa.

Contohnya, ibu bapa yang mengejutkan anak-anak pergi ke sekolah pada setiap pagi bukanlah paksaan. la adalah untuk kebaikan kerana tanpa pelajaran, hidup manusia akan terumbang-ambing.

Paksaan adalah apabila mengarahkan seseorang melakukan keburukan yang boleh membawa mudarat kepadanya. Contohnya, menjadi buruh paksa membuat landasan kereta api di Burma suatu ketika dahulu

Artikel asal dr blog http://www.alfahmi.com/

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...