Pada 10-13 Mei 2010, Yayasan Al-Khalifah mendapat jemputan daripada JAKIM untuk turut bersama program di Gua Musang.Program kali ini disertai oleh beberapa penggerak JAKIM dari sekitar pos yang berhampiran. Program utama diadakan di kampung Enching, Pos Hau. Penduduk di sini majoriti bukan beragama Islam. Pelbagai aktiviti dilakukan di sini seperti sukaneka,sepak takraw, kenduri ,ziarah, tayangan gambar dan kugiran. Pada waktu yang sama ziarah mahabbah turut dilakukan ke kampung-kampung berhampiran seperti Kg Chenguh, Kg Ladoi, Kg Rasah.Sambutan penduduk kali ini amat menggalakan dan penerimaan terhadap kunjungan kami amat baik sekali. Program susulan akan dilakukan ke kampung ini dalam masa sebulan lagi.
0 komen:
Post a Comment