PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

02 April 2012

PROGRAM ZIARAH DAKWAH KG KINGKONG,POS BROOKE

23-25 Mac 2012- Seunik namanya, itulah Kampung Kingkong, Pos Brooke, Gua Musang Kelantan. Kunjungan kali ini membawa peserta latihan Dakwah Lapangan dari Pusat Dakwah Serantau (PDS) Bangi yang terdiri daripada pelajar Filipina, Indonesia dan Sabah. 

Ini adalah tahun kedua pihak Yayasan AL-Khalifah diberi kepercayaan oleh Yayasan Amal  untuk melatih pelajar-pelajar Pusat Dakwah Serantau (PDS) bagi mengaplikasikan pembelajaran di lapangan dakwah terutamanya kepada masyarakat orang asli Semenanjung. 

Turut terlibat adalah sukarelawan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Program selama 2 hari tersebut berjaya mengeratkan silaturrahim bersama penduduk kampung. Sukarelawan  melakukan aktiviti  bersama penduduk seperti sukaneka bersama kanak-kanak dan kelas masakan  'roti arab' oleh seorang pelajar Filipina yang bernama Muhaimin kepada penduduk kampung. 

Pada waktu malam, 'Bicara Islam' bersama penduduk kampung yang diketuai oleh Amanullah, pelajar dari Filipina. Apa yang menarik daripada diskusi ini adalah Amanullah berbicara dalam bahasa Arab dan kemudian diterjemahkan oleh sahabatnya,Farhan daripada Indonesia. Ternyata penduduk kampung yang kebanyakannya baru memeluk Islam memberi respon yang baik akan diskusi tersebut.

Program kali ini cukup baik kerana bukan sahaja meng'integerasi'kan rakyat Malaysia malah masyarakat luar negara bersama penduduk kaum Asli. Alhamdulillah, penduduk kampung berharap program sebegini akan diteruskan untuk masa-masa mendatang.








.
Gambar-gambar program boleh dikunjungi di SINI.

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...