18-23 April: Eksplorasi Dakwah Borneo Siri 1- Ranau Sabah diadakan di perkampungan suku kaum Dusun di beberapa buah kampung terpilih iaitu kampung Sumbilingo, Kg Malingsou dan Kampung Timbua anjuran bersama Yayasan Al-Khalifah dan Islamic Outreach Abim (IOA) Sabah yang dikelolakan oleh Ustas Sobri.
Aktiviti lain yang dilakukan selama 5 hari tersebut juga adalah beramah mesra dengan penghuni Rumah Anak Yatim Putera Harapan (RPH) Ranau dan juga mesyuarat bersama
Persatuan Mualaf Pantai Barat Sabah Daerah Ranau.
Kunjungan pihak Yayasan Al-Khalifah kali ini adalah untuk melihat dan mempelajari kaedah atau metod dakwah yang dijalankan oleh IOA Sabah di perdalaman hutan Borneo yang sasarannya adalah peribumi Sabah berbeza dengan masyarakat asli di Semenanjung.
Justeru, program bersama ini dapat memanfaat pengalaman yang dimiliki oleh pihak yayasan dan IOA untuk terus mensemarakkan usaha dakwah kepada golongan sasaran di perdalaman kerana di Malaysia tidak banyak NGO Islam yang sanggup mendekati masyarakat tersebut.
0 komen:
Post a Comment