PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

23 March 2012

KEMBARA DAKWAH POS BALAR DAN POS BELATIM MAC 2012


16-19 Mac 2012- Unit Program Pembangunan Dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) di bawah Yayasan Al-Khalifah dengan kerjasama IOA Kelantan telah mengendalikan program Kembara Dakwah Pos Balar dan Pos Belatim bagi bulan Mac 2012 yang telah disertai oleh Exco Sekretariat Latihan Kepimpinan dan Ta'aruf Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Program selama 4 hari tersebut adalah sebagai salah satu bentuk tinjauan kepada exco secretariat sebelum mereka melaksanakan satu program berskala besar bersama masyarakat orang asli yang dijangka bakal diadakan pada bulan Mei nanti juga di kawasan perdalaman Gua Musang Kelantan.

Justeru, program kali ini diadakan  sebagai  satu bentuk pendedahan  kepada peserta akan budaya, cara hidup,  dan pesekitaran masyarakat orang asli di perdalaman yang serba serbi jauh dari pembangunan. Pelbagai aktiviti  yang telah diadakan seperti modul permainan, rawatan kesihatan, grooming, kenduri, tayangan dan ziarah mahabah.

Alhamdulillah, 2 orang penduduk yang baru memeluk Islam telah dapat dihantar untuk melanjutkan pelajaran agama di IOA Kok Lanas Kelantan. Pihak yayasan juga telah membawa keluar beberapa orang pesakit seperti lelah dan  stroke mendapat rawatan selanjutkan ke hospital JAKOA Gombak Selangor.


Gambar program boleh dikunjungi di dalam:



0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...