PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

18 March 2011

ZIARAH DAKWAH KG KUALA TAHU, GUA MUSANG KELANTAN

25-27 Februari 2011
Alhamdulillah, kunjungan susulan ke perkampungan Orang Asli Kuala Tahu  Gua  Musang  kali ini bersama Dato Dr Razak , selaku Pemegang Amanah Yayasan Al-Khalifah dan isteri. Kunjungan kali ini turut mendapat penyertaan beberapa pelajar dari Kolej Darul Hikmah Kajang.

Seperti kebiasaan , kunjungan kali ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim bersama orang Asli Kg Kuala Tahu yang baru memeluk Islam. Dengan jumlah penduduk yang  tidak beberapa ramai, sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Tambah menggembirakan, beberapa orang penduduk memeluk Islam pada kunjungan tersebut.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti kenduri, tayangan filem, modul kebersihan dan kecantikkan untuk dewasa, modul membaca dan belajar jawi untuk kanak-kanak dan banyak lagi. Dato Dr Razak turut berbincang beberapa isu dengan penduduk kampung akan usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan dan membangunkan perkampungan ini.  Insya Allah, kunjungan seperti ini akan diteruskan untuk terus membantu masyarakat di sini.




0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...