25-27 Februari 2011
Alhamdulillah, kunjungan susulan ke perkampungan Orang Asli Kuala Tahu Gua Musang kali ini bersama Dato Dr Razak , selaku Pemegang Amanah Yayasan Al-Khalifah dan isteri. Kunjungan kali ini turut mendapat penyertaan beberapa pelajar dari Kolej Darul Hikmah Kajang.
Seperti kebiasaan , kunjungan kali ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim bersama orang Asli Kg Kuala Tahu yang baru memeluk Islam. Dengan jumlah penduduk yang tidak beberapa ramai, sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Tambah menggembirakan, beberapa orang penduduk memeluk Islam pada kunjungan tersebut.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti kenduri, tayangan filem, modul kebersihan dan kecantikkan untuk dewasa, modul membaca dan belajar jawi untuk kanak-kanak dan banyak lagi. Dato Dr Razak turut berbincang beberapa isu dengan penduduk kampung akan usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan dan membangunkan perkampungan ini. Insya Allah, kunjungan seperti ini akan diteruskan untuk terus membantu masyarakat di sini.

0 komen:
Post a Comment