26-27 Mac 2011
Kunjungan minggu ini yang sepatutnya ke perkampungan Pos Lemui, Cameron Highland terpaksa dibatalkan oleh kerana kerosakkan salah sebuah kenderaan 4wd kami semasa dalam perjalanan melalui lebuh raya Utara-Selatan menuju utara. Pos Lemui merupakan salah sebuah perkampungan asli yang agak mencabar untuk dituju disebabkan keadaan jalannya yang ekstrem. Walaubagaimanapun, ekspedisi diteruskan juga dengan hanya sebuah 4wd dan bertukar destinasi ke perkampungan yang mudah dihubungi iaitu Kg Pawong, Pos Slim Simpang Pulai Perak.
Dengan kekuatan jemaah sebanyak 7 orang, program diteruskan di kampung Pawong dengan bantuan Sdr Zainaldin, berketurunan asli semai-temiar merupakan penduduk asal sini yang mana pernah mendapat latihan bersama Yayasan Al-Khalifah sebelum ini. Program utama adalah kenduri ‘cak raya’ dan ziarah penduduk. Di sebelah malam disediakan slot menonton wayang bersama penduduk kampung.
Keesokkan harinya, kami berkerjasama dengan sebuah badan NGO dari Ipoh menganjurkan program sukaneka dan modul untuk wanita dewasa. Manakala pihak yayasan menyediakan jamuan tengahari untuk penduduk kampung. Alhamdulillah, sambutan daripada penduduk dan Tok Batin amat menggalakkan dan mereka berharap tindakan susulan dilakukan selepas ini. InsyaAllah, dengan adanya seorang wakil yayasan di sini, saudara Zainaldin akan meneruskan misi dengan bantuan pusat.
![]() |
En Shamsulmuddin bersama Tok Batin Kg Pawong |
![]() |
modul wanita dewasa |
![]() |
modul bersama kanak-kanak |
![]() |
penyedian kenduri bersama penduduk kampung |
![]() |
Sdr Zainaldin, wakil YAK di pos Slim |
2 komen:
terus mengorak langkah meski pelbagai halangan.... (mungkinkah ini program terakhir saya? huk3... T_T )
terima kasih..ini bukan pengakhiran,tapi barulah permulaan untuk saudari.. selamat berjuang!
Post a Comment