PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

13 January 2011

ZIARAH PENUTUP YAK TAHUN 2010- POS HAU KELANTAN

Pos Hau,Gua Musang Kelantan
28-30 Disember 2010:

Aktiviti ziarah dan mesra integrasi YAK dan masyarakat Orang Asli yang terakhir dalam tahun 2010 bertempat di Kampung Ladoi, Pos Hau, Gua Musang, Kelantan.

Kunjungan sekeluarga 5 orang tanpa melibatkan pelajar dan sukarelawan. Bergerak dari RPS Kuala Betis jam 2.00 petang dan sampai jam 6.30 petang. Perjalanan selepas hujan lebat sejauh 40 km melalui jalan balak tidak mendatangkan masaalah besar.tetapi kena berhati-hati dan perlahan disebabkan jalan licin.

Pos Hau merangkumi 5 buah kampung; Ladoi, Rasah, Muyah, Balok dan Redik dengan jumlah penduduk sekitar 600 orang. Disebabkan hujan sepanjang hari, ziarah tidak dapat dilakukan keseluruhan kampung. Cuma dapat bersama penduduk kampung Ladoi degan aktiviti 'cak raya' dan kunjungan mesra ke rumah-rumah penduduk.

Hari terakhir diedarkan sumbangan cendera hati kepada penduduk berupa minyak masak, gula, teh dan biskut. Perjalanan keluar menuju kePos Balar seawal jam 12.00 t'hari dalam hujan renyai.

Wasallam, jumpa lagi tahun 2011~


Dewan merangkap surau.

Salah sebuah rumah dikunjungi.

Berbaris mengambil makanan 'cak raya'

Aktiviti mesra 'panggang daging'

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...