30/31 Disember 2010 - 1/2 Januari 2011;
Ziarah dakwah pertama tahun 2011 bermula di Pos Balar yang melibatkan 3 buah kampung; Perawas, Balyek dan Ipes. Pos yang terletak di pendalaman yang terkenal dengan 'river crossing' dan jalan balak yang maencabar terutama ketika musim hujan.
'river crossing' |
Aktiviti dijalankan cuma 'cak raya' dan pemberian barang makanan asas gula dan minyak masak untuk saudara kita. Dikesempatan itu, dijalankan juga tazkirah dan fardhu ain sebelum makan dan ramah mesra. Ketika tengkujuh, para mualim balik ke bandar.
Majlis 'cak raya', tazkirah, fardhu ain dan ramah mesra.
Tidak ada penjual yang masuk dan untuk musim ini tiada peruntukan banjir diberikan oleh JHEOA seperti kelaziman setiap tahun. Dengan kesempitan begini, penduduk kampung terlalu mengharapkan bantuan walau siapa pun yang membantu. Aktiviti dijalankan secara santai dalam keadaan hujan sepanjang hari.
Teknik tampan elak tayar masuk longkang licin.
Persediaan menghadapi jalan licin berselut.
Beginilah permukaan jalan yang perlu dilalui.
Jambatan segera dibina semasa PRK Galas. Sudah musnah.
Pada malam tahun baru, penduduk di kampung Perawas dan Ipes mengadakan sambutan dengan persembahan 'life band' (peralatan dihadiah UMNO sempena PRK Galas) oleh remaja kampung yang berlangsung sehingga pagi.
'Life band' sempena tahun baru.
Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada 2 Januari seawal jam 10.30 dan sampai ke Kuala Betis jam 4.00 petang.Semoga bertemu kembali.
Walaupun payah, rezeki perlu dicari |
0 komen:
Post a Comment