Pos Hau,Gua Musang Kelantan |
28-30 Disember 2010:
Aktiviti ziarah dan mesra integrasi YAK dan masyarakat Orang Asli yang terakhir dalam tahun 2010 bertempat di Kampung Ladoi, Pos Hau, Gua Musang, Kelantan.
Kunjungan sekeluarga 5 orang tanpa melibatkan pelajar dan sukarelawan. Bergerak dari RPS Kuala Betis jam 2.00 petang dan sampai jam 6.30 petang. Perjalanan selepas hujan lebat sejauh 40 km melalui jalan balak tidak mendatangkan masaalah besar.tetapi kena berhati-hati dan perlahan disebabkan jalan licin.
Pos Hau merangkumi 5 buah kampung; Ladoi, Rasah, Muyah, Balok dan Redik dengan jumlah penduduk sekitar 600 orang. Disebabkan hujan sepanjang hari, ziarah tidak dapat dilakukan keseluruhan kampung. Cuma dapat bersama penduduk kampung Ladoi degan aktiviti 'cak raya' dan kunjungan mesra ke rumah-rumah penduduk.
Hari terakhir diedarkan sumbangan cendera hati kepada penduduk berupa minyak masak, gula, teh dan biskut. Perjalanan keluar menuju kePos Balar seawal jam 12.00 t'hari dalam hujan renyai.
Wasallam, jumpa lagi tahun 2011~
Dewan merangkap surau.
Salah sebuah rumah dikunjungi.
Berbaris mengambil makanan 'cak raya'
Aktiviti mesra 'panggang daging'
0 komen:
Post a Comment