Pembangunan Komuniti Rohingya
Terdapat lebih kurang 20,000 orang-orang Rohingya yang berada di Negara kita. Kebanyakannya sebagai pelarian yang berdaftar dengan UNHCR. Walaubagaimanapun, mereka tidak mempunyai kemudahan pendidikan, perubatan dan pekerjaan. Sebahagian besar dari mereka adalah beragama Islam. Al-Khalifah telah menjalankan beberapa program untuk membela masyarakat terpinggir ini.
1. Sekolah Komuniti Rohingya
Sekolah ini telah diwujudkan dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA). Sebuah bangunan kedai 4 tingkat disewa di Kg. Cheras Baru (sewaan hanya untuk tingkat 1,2 dan 3 shj) dan telah diubahsuai untuk dijadikan sekolah. Mula beroperasi pada tahun 2007 dengan pelajar seramai 30 orang, kini terdapat 85 orang pelajar untuk kelas darjah 1, 2, dan 3 dan satu kelas untuk peralihan ke sekolah menengah terdiri daripada 15 orang pelajar. Pelajaran diberikan secara percuma, termasuk buku teks, alat tulis dan makan minum memandangkan masyarakat Rohingya terdiri daripada orang-orang tidak berkemampuan.Seramai 5 orang guru termasuk seorang pengetua bertugas di sekolah ini dengan mengikuti silibus sekolah rendah kerajaan.
2. Program ‘Empowerment’ untuk Kaum Ibu Rohingya.
Aktiviti-aktiviti lain secara berkala diadakan untuk masyarakat Rohingya termasuk rawatan perubatan, majlis menyambut hari-hari bersejarah dalam Islam (Hari raya, Maulidurrasul, Maal Hijrah), ceramah-ceramah motivasi dan kursus-kursus kemahiran asas.