Orang Asli vs Perniagaan!
Siapa kata orang asli tidak pandai berniaga??
Jika berada di pekan Rengit,Batu Pahat Johor , perniagaan 'barangan terpakai' dipelopori Orang Asli di tapak perniagaan Kg Orang Asli Bumiputera Rengit, Batu Pahat Johor.
Kunjungan terbaru pihak yayasan Al-Khalifah teruja dengan kehebatan para peniaga yang terdiri dari Orang Asli Suku Kuala di Batu Pahat ini dengan deretan berpuluh kedai barangan terpakai.
Salah satu sisi kejayaan orang Asli yang boleh dibanggai dan dicontohi oleh masyarakat asli yang lain.
Jika tidak dapat mengawal nafsu membeli belah di sini,boleh rambang mata jugak mahu memilih..
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm
Di sinilah asal dan perkampungan bekas senator Orang Asli,Dato Othman Bongsu.
Ketika kunjungan,pihak kami dapat bersama Pengerusi JKK, en Idris Bin Bongsu dan Penggerak di situ Ustaz Mohd Suffian B Ibrahim Yaakob bagi membincangkan hal-hal berkaitan.
Dipahamkan majoriti kampung Asli Bumiputera adalah beragama Islam.
Di dalam Batu Pahat ada 4 kampung asli lain iaitu: Kg Sri Jagung Sri Medan,Kg Dalam parit Sulung,Kg Senggarang Sri Pantai dan Kg Minyak Beku Taman Banang.
Album gambar penuh program boleh diperolehi di SINI
0 komen:
Post a Comment