23 Mac 2013- Program berbentuk tinjauan @ rickee ke perkampungan paling hujung di Pos Senderut yang sejauh 45 KM offroad iaitu kampung Labu.
Pada asalnya 2 buah kenderaan bersama, tetapi jalan boleh dikategorikan teruk maka hanya sebuah sahaja yang dapat lepas sampai ke penghujung jalan. Dipahamkan kampung Labu jarang dikunjungi oleh mana-mana pihak kerana jalannya agak teruk berbanding pusat Pos Senderut (35 KM offroad)..
Pos Senderut mempunyai 19 buah perkampungan iaitu:
1.Kg Belau
2.Kg Kabang
3.Kg Cempian
4.Kg Tual
5.Kg Regang
6.Kg Rangan
7.Kg Kuala Kenik
8.Kg Janggap
9.Kg Lubuk Buman
10.Kg Senderut
11.Kg Kuala Senderut
12.Kg Bukit Long A
13.kg Bukit Long B
14.Kg Tigol
15.Kg Saweh
16.Kg Tidal
17.Kg Rukam
18.Kg Cherang
19. Kg Labu
Di kg Labu tiada kemudahan asas yang disediakan di sini berbanding kampung-kampung sebelumnya.
Berada di Kg Labu separuh hari,dapat bersuai kenal dengan penduduk yang boleh dikatakan peramah dan menyambut dan melayan kami dengan baik.Tok Batin bernama Yok Long a/l Uleh dengan penduduk seramai 112 dan 19 kelamin. Hampir keseluruhan beragama Kristian.
InsyaAllah,ada perancangan program untuk masa mendatang
Gambar penuh program boleh didapati di POS Sinderut 2013

06 May 2013
Yayasan Al-Khalifah




Tag:
0 komen:
Post a Comment