PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

30 November 2015

MONSOON ADVENTURE TRAIL (M.A.T) 2015 : HUMANITARIAN MISSION | 6-9 NOVEMBER 2015





Koleksi penuh ALBUM M.A.T. 2015 
:
1.M.A.T. 2015 Part 1- Logistik & Cabaran Offroad >>https://m.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/albums/893357904112033/

2. M.A.T. 2015 Part 2- Barang Sumbangan >>
https://m.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/albums/893717240742766/

3. M.A.T. 2015 Part 3 -Serahan Kit Kemanusiaan >>https://m.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/albums/893781534069670/

MONSOON ADVENTURE TRAIL (M.A.T) 2015

InsyaAllah, ekspedisi kolaborasi 'Misi Bantuan Kemanusiaan' ke Perkampungan Pedalaman Pos Orang Asli, Gua Musang Kelantan dalam persediaan menghadapi kesukaran bekalan makanan pada musim tengkujuh (monsun). InsyaAllah tim ekspedisi akan membawa bantuan barang sumbangan bagi serahan ke kawasan pedalaman edisi Nov 2015. Laluan 'OFFROAD' yang melibatkan 4 Pos Orang Asli Gua Musang adalah antara laluan paling pedalaman dan jauh di Malaysia.
--------------------------------

Anjuran : YAYASAN AL-KHALIFAH, 4X4 REAL ADVENTURE TEAM & MOI ADVENTURE

Rakan Kerjasama: JAKOA, Bera Adventure Team, 4X4 Highlands Team, Cameron Highlands Adventure Team, Pinzgauer Owner Malaysia (Northern), Kelab Jimny Samurai Malaysia,Blackops 4X4, Majlis Belia Malaysia,Perbadanan Taman Negara Johor, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Islamic Dental Association Of Malaysia, Eman Soft, Harian Metro

Tarikh: 6-9 NOVEMBER 2015

Route: GUA MUSANG-KUALA BETIS-POS HAU-POS BALAR-POS BELATIM-POS BIHAI- KUALA BETIS- GUA MUSANG di negeri KELANTAN DARUL NAIM (180 KM)

Suku Kaum: ORANG ASLI TEMIAR

Penyertaan: 50 buah kenderaan 4X4 & 150 aktivis/sukarelawan

Yuran Penyertaan: RM60.00 (Baju sehelai+ Makan+ sumbangan program)

**Setiap kenderaan 4X4 yang menyertai akan menerima 1 unit 4X4 CAR STICKER

================

SYARIKAT, NGO,KELAB 4X4 DAN INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK MENYUMBANG 'DANA ATAU MATERIAL' BOLEH HUBUNGI:

AZHAR YAK : 011-11317842 (whatsapp/telegram)

Atau melalui wakil J.V.:
•MOI Adventure - Moi Ledang (019-6162268)
•4X4 Real Adventure Team - Din Landy (019-2617376)

------------------------------------

Melalui Yayasan Al-Khalifah, Dana bantuan kemanusiaan boleh disalurkan ke :

i.MAYBANK Yayasan Al-Khalifah (OFFICIAL)
Nama Akaun : AL-KHALIFAH FOUNDATION
No Akaun : 5640 1611 8396

ii.CIMB Pengurus Pembangunan Program Yayasan Al-Khalifah
Nama Akaun : NOR AZHAR B MOHAMED
No Akaun :7041 596 005

**NOTA PENTING: Setiap transaksi berbentuk atm resit/sms/email hendaklah dimaklumkan ke (yayasanalkhalifah@gmail.com) dan whatsapp 011-11317842 atas nama ' MONSOON ADVENTURE TRAIL 2015' untuk makluman penganjur.

**(Jika memerlukan resit pengecualian cukai, sumbangan tunai atau cek ke no. akaun MAYBANK (OFFICIAL) YAYASAN AL-KHALIFAH (resit akan dikeluarkan jika dimohon oleh pihak penyumbang))
________________________

TENTATIF PROGRAM:

6 NOV 2015 /JUMAAT

09.00 pm – Upacara pelepasan Konvoi daripada Kuala Lumpur, Utara, Pantai Timur dan beberapa tempat berkumpul yang lain dan bergerak menuju ke Gua Musang.
05.00 am – Sampai ke masjid Gua Musang berehat dan persiapan diri.

7 NOV 2015 /SABTU

06.00 am – Solat Subuh dan khidmat diri.
07.00 am – Sarapan dan persediaan offroad
-Persediaan teknikal kenderaan ,minyak, tayar dan lain-lain.
08.00 am – Taklimat oleh penganjur
-Pengagihan barang-barang sumbangan dan pembahagian sukarelawan kepada kereta-kereta 4wd.
09.00 am – Bergerak ke Kuala Betis.
10.00 am – Sampai ke Kuala Betis. Mula perjalanan offroad ke kawasan pedalaman.
- Akan singgah ke beberapa buah kampung untuk diberikan sumbangan barang (Kg Gertas,Kg Galang, Kg Tampuk, Kg Enching, Kg Tapai di dalam Pos Hau (Check Point 1)
- Kemudian,meneruskan konvoi ke Kg Balyek,Kg Ipes, K Perawas di Pos Balar
- Makan tengah hari, solat jemaah peserta di Sungai Kg Enching Pos Hau.
05.00 pm – Sampai ke Pusat Tadbiran Kecil JAKOA RPS Pos Balar (Check Point 2)
-Ramah mesra bersama penduduk
05.30 pm – Persediaan Makan malam.
07.30 pm – Solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan tazkirah
09.00 pm – Makan malam.
09.30 pm – Tayangan ‘Wayang Pacak’.
11.30 pm – Tidur dan berehat.

(Hari pertama bermalam di RPS Pos Balar )

8 NOV 2015 /AHAD

06.00 am – Solat Subuh dan tazkirah.
08.00 am – Sarapan pagi.
09.00 am – Gotong Royong Pembersihan kawasan kem dan ramah mesra kepada penduduk.
10.00 am – Menuju ke Pusat Tadbiran Kecil JAKOA RPS Pos Belatim (Check Point 3).
-Singgah ke beberapa perkampungan kecil seperti kg Manjol, Kg Tembaga,Kg Dakoh,Kg Peng,Kg Cacuh untuk diberikan sumbangan.
12.00 am – Sampai ke Pusat Tadbiran Kecil JAKOA RPS Pos Belatim
-Satu kumpulan akan sediakan juadah makanan. Dan satu kumpulan akan ziarah dan ramah mesra bersama penduduk kampung kg Belatim,Pos Belatim.
01.30 pm – Makan Tengahari.
03.00 pm – Aktiviti sukan keluarga bersama penduduk dan kanak-kanak Pos Belatim.
07.30 pm – Solat berjemaah dan tazkirah bersama penduduk kampung.
08.00 pm – Makan malam
08.30 pm –Tayangan wayang pacak.
11.30 pm – Tidur dan berehat.

(Hari kedua bermalam di RPS Pos Belatim)

9 NOV 2015 /ISNIN

06.00 am – Solat Subuh dan tazkirah
08.00 am – Sarapan pagi.
09.00 am – Gotong Royong Pembersihan kawasan kem dan ramah mesra kepada penduduk.
09.00 am – Menuju ke Pusat Tadbiran Kecil JAKOA RPS Pos Bihai (Check Point 4)
-Singgah di beberapa perkampungan kecil seperti Kg Cekrok, Kg Penusin,Kg Cemal,Kg Tendrik dan Kg Biyor untuk diberikan sumbangan.
11.00 am – Sampai ke Pusat Tadbiran Kecil JAKOA RPS Pos Bihai untuk program ziarah dan ramah mesra bersama penduduk kampung .
01.00 pm – Bergerak keluar ke kawasan Kuala Betis.
03.00 pm – Sampai ke Kuala Betis.
04.00 pm – Taklimat perpisahan konvoi dan bersurai ke destinasi masing-masing.

p/s: Segala maklumat perubahan jadual akan diberitahu semasa program berlangsung

__________________________

SYARAT PENYERTAAN KENDERAAN 4X4 :

1)Misi ini adalah misi bantuan kemanusiaan jadi tiada peruntukan diberikan pada kenderaan yang menyertai. Ikhlaskan hati dalam membantu golongan sasaran.
2) Syarat tayar adalah 'MT dan ke atas'. Tayar biasa (AT/HT) tidak boleh menyertai kerana keadaan jalan berisiko bila keadaan cuaca hujan. Paling digalakkan adalah tayar 'LIPAN' atau persediaan 'RANTAI' tayar.
3) Peserta perlulah berpakaian sopan 'menutup aurat' yang menujukkan nilai seorang 'Muslim' sebagai usaha 'dakwah Bil Hal' pada golongan sasaran (Nota: Perihal ini perlu diambil berat peserta. Pihak penganjur boleh melarang mana-mana penyertaan yang tidak mengikut etika berpakaian tersebut)
4) 'Camp site' yang dibuka hendaklah dibawah pengawalan penganjur untuk kelancaran program bersama.
5) Peserta digalakkan turut serta aktiviti yang dirancang untuk menimba pengalaman baru di perkampungan Orang Asli Pedalaman.
6) Kesediaan untuk memberi perkhidmatan jika kenderaan ada kekosongan (membawa barang sumbangan atau sukarelawan)
7) Setiap kenderaan adalah digalakkan membawa 'makanan simpanan' sendiri bagi persediaan segala 'emergency case' seperti tersangkut dalam hutan dan lain-lain disebabkan faktor cuaca atau faktor teknikal kenderaan.

**SYARAT PENYERTAAN SUKARELAWAN:

1)Memikirkan dan melaksanakan aktiviti yang menarik perhatian Orang Asli untuk turut bersama. Rujuk pada 'Person In Charge'
2) Sentiasa bersedia untuk menerima arahan dalam melaksanakan tugasan dalam program seperti bantuan masak dan modul kepada masyarakat Orang Asli.
3) Jangan berasa malu untuk bergaul dengan Orang Asli.
4) Sentiasa bekerjasama akan program yang bakal dilaksanakan.

************************

'Merentas Belantara, Merintis Jalan ke Syurga'

'Tajalah sebanyak boleh, Untuk memberi seramai mungkin'

Salam Perjuangan,
Yayasan Al-Khalifah

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...