HUMANITARIAN MISSION
Misi Bantuan Kemanusiaan dijenamakan sebagai 'Monsoon Trail X-treme' bagi edisi penghujung Disember 2015 ke kawasan Pedalaman Gua Musang Kelantan sebagai penutup puluhan program Yayasan Al-Khalifah yang melibatkan Pacuan Empat Roda sepanjang tahun.
InsyaAllah, crew ekspedisi akan membawa barang bantuan kemanusiaan bagi serahan ke kawasan pedalaman kampung Orang Asli yang sukar mendapatkan bekalan bahan asas sepanjang musim tengkujuh (monsun) ini. 'OFFROAD' MTX sejauh 180 KM yang melibatkan laluan 4 Pos Orang Asli Gua Musang adalah antara laluan paling pedalaman, jauh dan sukar di Malaysia.
EXTRA PROGRAM: Maulidurrasul Rasul 'Belantara Berselawat'
--------------------------
Anjuran : YAYASAN AL-KHALIFAH
Dengan kerjasama: Wira 4X4 Adventure, Yellow Cruiser Adventure, Pinzgauer Owner Malaysia (Northern), 4X4 Real Adventure Team, MOI Adventure, Yayasan Salam, JAKOA, Utusan Malaysia
Tarikh: 23-27 DISEMBER 2015
(23/12 bergerak dari pusat R.V. masing2... 24/12 mula OFFROAD masuk ke pedalaman Gua Musang)
Route: GUA MUSANG-KUALA BETIS-POS HAU-POS BALAR-POS BELATIM-POS BIHAI- KUALA BETIS- GUA MUSANG di negeri KELANTAN DARUL NAIM (180 KM)
Penyertaan: TERHAD kepada 20 BUAH KENDERAAN 4X4 sahaja untuk keperluan logistik membawa barang sumbangan (Pemilihan penyertaan hanya oleh penganjur sahaja)
Yuran: RM30.00 untuk T-SHIRT
( 100% keuntungan hasil jualan T-SHIRT untuk sokongan dana kemanusiaan ini)
Setiap kenderaan yang terpilih menyertai akan menerima 1 UNIT STICKER 4X4 secara percuma..
-----------------------------------
# KOLEKSI ALBUM PENUH PROGRAM M.T.X 2015 (klik link disediakan)
ALBUM PENUH M.T.X 2015 PART 1- CABARAN OFFROAD KE POS ORANG ASLI PEDALAMAN >>
https://m.facebook.com/
ALBUM PENUH M.T.X 2015 PART 2- BANTUAN SUMBANGAN KEMANUSIAAN & SAMBUTAN MAULIDURRASUL (BELANTARA BERSELAWAT)>>
https://m.facebook.com/
0 komen:
Post a Comment