PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

01 August 2015

KESIMPULAN IHRAM PROJECT 2015 @ YAYASAN AL-KHALIFAH



Kempen IHRAM Project 2015 @ Yayasan Al-Khalifah telah sampai ke penghujung.. Terima kasih pada sokongan semua pihak terdiri dari badan kerajaan, NGO, syarikat, bank, masjid, aktivitis, sukarelawan, mahasiswa universiti dan banyak lagi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..
--------------------------------
SECARA RINGKAS:
1. TIM IHRAM PROJECT TELAH MENJELAJAH 'SEMUA 9 NEGERI' YANG MEMPUNYAI KOMUNITI ORANG ASLI DI SEMENANJUNG MALAYSIA (KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, JOHOR, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, SELANGOR, PERAK, KEDAH)- Rekod pertama kali program secara menyeluruh di seluruh negara.
2. SEBANYAK 70 PERKAMPUNGAN ORANG ASLI TERLIBAT DALAM PROGRAM IHRAM PROJECT
-Tahun lepas sebanyak 57 perkampungan. Melebihi sasaran yang mana target sekitar 50 perkampungan sahaja seluruh negara.
3. EMPAT SAUDARA BARU ORANG ASLI MEMELUK ISLAM PADA KEMPEN KALI INI- 2 di Kelantan, 1 di Perak & 1 di Pahang.
4. LEBIH 2,000 KELUARGA ORANG ASLI MENDAPAT MANFAAT SUMBANGAN IHRAM PROJECT-Agihan pelbagai kempen ke seluruh negara.
5. LEBIH 300 SUKARELAWAN TERLIBAT - Gabungan pelajar universiti, NGO, badan kerajaan, syarikat swasta, bank dan juga orang persedirian.
6. KEMPEN LIGHT FOR LIFE: SOLAR LAMP PERTAMA KALI DIPERKENALKAN DALAM KEMPEN IHRAM PROJECT TAHUN INI- Tambahan kepada 3 Kempen sedia ada yang menjadi kelaziman (Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), Kempen Tajaan Berbuka Puasa RM1 seorang muallaf Orang Asli (RM1OA) & Tajaan Terbuka)
7. PERTAMA KALI PROGRAM IHYA PROJECT BEROPERASI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI MENGGUNAKAN 'JALAN SUNGAI' UNTUK SAMPAI KE DESTINASI - KOA di kawasan Taman Negeri Royal Belum Tasik Banding, Taman Negara Pahang Ulu Tembeling & Tasik Chini)
8. SEBANYAK 9 SUKU KAUM ORANG ASLI TERLIBAT DALAM JELAJAH IHRAM PROJECT KALI INI- Suku kaum Temiar, Semai, Bateq, Semaq Beri, Temuan, Jakun, Kintak, Kensiu, Jahai.
9. LAPORAN MEDIA IHRAM PROJECT 2015 - Utusan Malaysia( 23 Jun), Metro Ahad (5 Julai) dan Astro Prima (5 Julai)
10. SURAU MUALLAF KG BERSAH POS KUALA MU PERTAMA KALI DIGUNAKAN - Pembukaan surau Muallaf Kg Bersah dibuka pada terawikh pertama tahun ini dan dilaksanakan selama sebulan dengan melantik pemuda Orang Asli tempatan sebagai imam bagi mengimarahkan surau baru ini..

JADUAL IHRAM PROJECT 2015 @ YAYASAN AL-KHALIFAH☆☆

•4-7 JUN 2015: Program 'Road To Ramadhan' Pos Balar, Gua Musang Kelantan (Kg Balyek, Kg Ipes, Kg Perawas, Kg Telur, Kg Balar Lama, Kg Dakoh, Kg Peng, Kg Tembaga, Kg Manjol) bersama Telekung Project, Skuad 4x4
•9-10 JUN 2015: Tinjauan Pre Ramadhan Surau Muallaf Kg Bersah Pos Kuala Mu Perak bersama OSA
•11-12 JUN 2015: Tinjauan Pre Ramadhan Kg Tonggang, Kg Kenang & Kg Pisang, Sg Siput Perak
•14 JUN 2015: Tinjauan Pre Ramadhan & Projek Getah, Kg Simoi & Kg Sentoi, Pos Betau Kuala Lipis Pahang
•15 &16 JUN 2015: Program Pre Ramadhan Kg Tonggang, Kg Suak Petai, Ulu Kinta Perak (rakaman media Astro Prima)
•17-20 JUN 2015: IHRAM Project @ Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak (Kg Bersah, Kg Toh, Kg Kuala Mu, Kg Gapeh Hulu, Kg Gapeh Hilir) Pos Legap (Kg Keeb) & Kg Bawong bersama JAIPk
•18 JUN - 16 JUL 2015: IHRAM Project @ Terawikh Sebulan di Kg Bersah Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak
•18 JUN -16 JUL 2015:IHRAM Project Solat @ Terawikh sebulan di Kg Bukit Kala, Batu 12, Gombak Selangor (bersama mahasiswa UIAM)
•21-22 JUN 2015: IHRAM Project @ Pos Balar Gua Musang Kelantan (Kg Balyek, Kg Ipes, Kg Perawas, Kg Telur, Kg Balar Lama, Kg Dakoh, Kg Peng, Kg Tembaga, Kg Manjol) dan Pos Hau (Kg Tapai)
•24 JUN 2015: IHRAM Project @Serahan 'Ramadhan Kit' Kg Sg Sayap, Besut Terengganu
•25 JUN 2015 : IHRAM PROJECT @Serahan Ramadhan Kit ke Kg Batu Balong, Raub Pahang
•26-28 JUN 2015: IHRAM Project @ Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak Siri 2 (susulan untuk projek surau Muallaf bersama kontraktor)
•26-28 JUN 2015: IHRAM Project @ Pos Brooke Gua Musang (Kg Jerdip, Kg Mendrop, Kg Jelgel Kg Brooke Lama) bersama Masjid Saidina Umar AlKhatab Bukit Damansara & RCMP
•26-28 JUN 2015: IHRAM Project @ Pos Tuel Gua Musang (Kg Tuel, Kg Pelug, Kg Hanir, Kg Ber, Kg Kerbuk) bersama Masjid Bangsar & RCMP
•26-28 JUN 2015: IHRAM Project @ Kg Teji, Kg Abu, Kg Senangkar, Kg Susu Cameron Highlands Pahang bersama Alumni Comrade UIAM
•28 JUN 2015: IHRAM Project @Kg Gentes, Pos Piah Sg Siput Perak
•30 JUN 2015: IHRAM Project @ Kg Sg Larah Ulu Yam, Selangor
•1-2 JUL 2015: IHRAM Project @ KOA Bukit Payong, Alor Gajah Melaka dan Kg Sg Lerek baru , Gemencheh, Negeri Sembilan
•2 JUL 2015: IHRAM Project @ Hospital Orang Asli Gombak Selangor & KOA Batu 16 Gombak
•2 JUL 2015: IHRAM Project @ Kuala Betis (Kg Bawek, Kg Seladak, Kg Parik) Gua Musang Kelantan
•3-5 JUL 2015: IHRAM Project @ Pos Tuel, Gua Musang Kelantan bersama Usrah Hospital Kuala Lumpur
•4 JUL 2015: IHRAM Project @ Kg Bawong, Sg Siput Perak
•5 JUL 2015: IHRAM Project @ Kg Lalang, Simpang Pulai Perak
•5 JUL 2015: IHRAM Project @ Kg Sayong Pinang, Kg Pasir Intan, Kg Kempas Menang Kota Tinggi Johor
•6 JUL 2015: IHRAM Project @ Kg Teranik, Kg Lubuk Untung, Kg Pasir Rod, Kg Lambuk, Kg Tapai, Kuala Betis, Gua Musang kelantan
•7-8 JUL 2015: IHRAM Project @ Pos Betau, Kuala Lipis Pahang bersama BBM
•7-8 JUL 2015:IHRAM Project @ Kg Kucing, Ulu Tembeling Pahang (bot)
•9 JUL 2015: IHRAM Project @ Kg Lubuk Legong Baling Kedah
•9 JUL 2015: IHRAM Project @Kg Bukit Asu, Pengkalan Hulu Perak
•10-12 JUL 2015: IHRAM Project @ Kg Sg Tiang dan Kg Sg Kejar, Royal Belum Tasik Banding Gerik Perak bersama RCMP, UNIKL RCMP dan MRA Perak (bot)
•11-12 JUL 2015: IHRAM Project @ Kg Gumum,Kg Tanjung Puput, Kg Chendana di Tasik Chini, Pahang bersama CIMB Islamic HQ, BBM (bot)
•12 JUL 2015: IHRAM Project @ Pos Sg Rual, Jeli Kelantan
•15 JUL 2015: IHRAM Project @Kg Om, Kg Salyek, Kg Blau Pos Blau, Gua Musang Kelantan
16 JUL 2015 : IHRAM Project @ Projek 'Baju Raya Baru' Kg Bukit Payong, Alor Gajah, Melaka
•16-18 JUL 2015: IHRAM Project 'Ambang Syawal' @ Pos Balar, Gua Musang Kelantan
•16-18 JUL 2015: IHRAM Project 'Ambang Syawal' @ Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...