PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

26 June 2013

IHRAM Project 2013 : Projek Amal Ramadhan Yayasan Al-Khalifah





IHRAM PROJECT adalah penjenamaan semula program Ihya Ramadhan Bersama Masyarakat Minoriti (Muallaf Orang Asli) bagi tahun 2013/ 1434H di bawah pengurusan NGO Yayasan Al-Khalifah serta bekerjasama dengan rakan strategik NGO Islam lain.

IHRAM adalah singkatan dari perkataan 'IHya RAMadhan'.. 

Matlamat / Objektif:

• Memupuk semangat penghayatan agama Islam kepada kumpulan sasaran.
• Memberi tunjuk ajar dan mendidik asas-asas Fardu Ain seperti berpuasa di bulan Ramadhan.
• Melatih diri menunaikan ibadah sunat di bulan Ramadhan seperti Solat Tarawih berjema’ah, tadarus al-Quran, bersahur dan berzikir.
• Memberi penerangan tentang hukum-hukum Feqah yang berkaitan bulan Ramadhan.
• Merapatkan ikatan silaturrahim di antara masyarakat Oarang Asli dan penduduk berdekatan.

1.Proposal IHRAM Project yang 'elegen' boleh di 'download' di sini:

i: Kertas kerja: http://www.scribd.com/doc/147407222/Proposal-Projek-Informasi-IHRAM-Project-IHYA-RAMADHAN-2013-Yayasan-Al-Khalifah
ii: Surat Rasmi : http://www.scribd.com/doc/147401435/Surat-Rasmi-IHRAM-Project-IHYA-RAMADHAN-2013-Yayasan-Al-Khalifah

Laporan Ihya Ramadhan 2012 YAK rujuk di sini:
http://www.yayasanalkhalifah.com/2012/08/laporan-sepanjang-program-ihya-ramadhan.html

Kepada pihak yang hendak menyumbang apa juga nilai seikhlasnya utk tujuan ini boleh menyumbang melalui:

i.CIMB Admin IHRAM Project
Nama Akaun : Nor Azhar b Mohamed
No Akaun :0111 0065 202 520

ii.MAYBANK Admin IHRAM Project
Nama Akaun : Nor Azhar B Mohamed
No Akaun : 1622 0006 2408

iii.MAYBANK Yayasan Al-Khalifah
Nama Akaun : Al-Khalifah Foundation
No Akaun : 5640 1611 8396

*PENTING : Maklumat sumbangan dan transaksi adalah 'WAJIB' diisikan dalam 'google docs' melalui link di bawah: https://docs.google.com/forms/d/1ox31qhO9ICNXz2SuDGazdNGiN6A9KVrI5KccX90jUM8/viewform
(INI SANGAT WAJIB UTK TUJUAN AUDIT & PEMERIKSAAN DANA MASUK)

2.Email transaksi (optional) kepada yayasanalkhalifah@gmail.com dan SMS 011 11317842 @ 017 6708076 untuk notification kepada admin.

3. Jika hendak bagi barang secara 'by hand' atau bersemuka boleh datang ke Pusat Operasi IHRAM Project (contact admin untuk pertemuan)

i.No 5, Jalan Gombak Ria 8,
Taman Gombak Ria,
68100 Batu Caves Selangor

ii.Lot 1690-8,Jalan Dato Hj Kaharudin,
Kg Changkat,
53100 Kuala Lumpur.

4. KEMPEN di bawah IHRAM Project::

Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, pihak Yayasan Al-Khalifah menyeru mana-mana badan kerajaan, badan agama, badan bukan kerajaan untuk turut sama melakukan Program Ihya Ramadhan 1434H bersama masyarakat Orang Asli yang tinggal di pinggir dan perdalaman di Semenanjung Malaysia di mana sasarannya melibatkan beberapa buah negeri.

Kempen yang dijalankan selain dana umum/ zakat adalah:


i. KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB)

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1434H, Pihak Yayasan Al-Khalifah akan menjalankan ‘Kempen Seorang Sekampit Beras’ Khusus untuk membantu fakir miskin, yang terdiri daripada golongan minoriti Semenanjung iaitu ‘Masyarakat Orang Asli’ di pinggir dan perdalaman belantara yang sudah dikenalpasti.

Simbolik Sekampit Beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya bagi menampung keperluan untuk hidup terutama bagi mereka yang memerlukan. ‘Nasi’ umpama makanan mewah bagi mereka kerana makanan ruji mereka adalah berunsurkan ‘ubi kayu’ di mana terlalu sukar mendapatkan sumber makanan lain di hutan belantara.

ii. KEMPEN IFTAR/BERBUKA PUASA: TAJA 1 RINGGIT UNTUK 1 ORANG ASLI

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1434H, Pihak Yayasan Al-Khalifah akan menjalankan Kempen Iftar/Berbuka Puasa ’Taja 1 Ringgit untuk 1 Orang Asli’ Khusus untuk membantu fakir miskin, yang terdiri daripada golongan minoriti Semenanjung iaitu ‘Masyarakat Orang Asli’ di pinggir dan perdalaman belantara Malaysia yang sudah dikenalpasti.

Dengan bertemakan ‘Tajalah Sebanyak Boleh, Untuk Memberi Seramai Mungkin’, menjadi simbolik bahawa Ramadhan ini menjadikan bulan kasih sayang dimana yang fakir miskin dibantu dan dikasihi manakala yang kaya dihormati.

Walaupun dengan sumbangan RM 1, ia sudah cukup bernilai dan memberikan kemewahan berbuka puasa bagi masyarakat asli Islam di perdalaman yang mana makanan ruji mereka masih bercirikan tradisional berunsurkan ‘ubi kayu’.

Justeru, Marilah bersama-sama menaja sebanyak boleh, agar penghayatan Islam di bulan Ramadhan ini seperti bersahur, berbuka puasa dan Solat Tarawih berjema’ah dapat dilaksanakan di pertempatan mereka secara sederhana.

iii. KEMPEN TAJAAN TERBUKA

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1433H, Pihak Yayasan Al-Khalifah akan menjalankan kempen ‘Tajaan Terbuka’ bagi memastikan Orang Asli Muslim dapat beribadah di bulan puasa nanti dengan cara kesederhanaan terutamanya mengerjakan ibadah terawikh. Antara barangan yang diperlukan dari sumbangan orang ramai adalah:
>>Telekung, Kain Batik, Kain Pelekat, Songkok @ Kopiah, Sejadah

Selain itu bahan keperluan/ material harian seperti:
>>Gula, Tepung, Minyak, Dan Lain-lain (yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan mereka)

5.PERHUBUNGAN PROGRAM:

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:

1)Sdr Nor Azhar Bin Mohamed
Penyelaras IHRAM Project 2013 @
Pengurus Pembangunan Program Yayasan Al-Khalifah
h/p: 017 6708076 @ 011 11317842

2)Sdr Shamsulmuddin Bin Ahmad Shah
Pengurus Perhubungan dan Operasi Yayasan Al-Khalifah
h/p: 014 2295012

3)Email : yayasanalkhalifah@gmail.com
4)Website : www.yayasanalkhalifah.com
5)FB: https://www.facebook.com/YAK.IHRAM.Project @
https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah

Terima kasih kerana membaca keterangan yang panjang lebar ini dan terima kasih kerana sudi menderma dan sebarkan kebaikan kepada yang lain.

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...