PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

12 March 2013

EKSPEDISI JEJAK HIDAYAH: NEGARA JEPUN (21-28 FEBRUARI 2013)



Perkongsian Pengembaraan Solo ke Negara Matahari Terbit (21-28 Feb 2013):

Imej Jepun di mata kita? Bersih? Berteknologi tinggi? Canggih? Sistematik? Masyarakat menepati masa?

Tepat sekali!

Jepun sememangnya sebuah negara yang canggih dan sistematik.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Jepun, perasaan kagum timbul melihat sistematiknya negara matahari terbit ini. Bermula dari sebesar-besar perkara seperti sususan bangunan, jalan raya, perkhidmatan awam sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti cara membuang sampah, semuanya bersistem.

Bukanlah niat untuk mengagung-agungkan negara bukan Islam ini tetapi sekadar perkongsian yang mungkin akan memberi manfaat jika dapat dilaksanakan juga di Malaysia dan terutamanya Orang Islam.

Beberapa tempat dikunjungi terutamanya sekitar Nagaoka dan Tokyo.

Nagaoka:

Nagaoka adalah salah satu tempat di negara Jepun yang sangat tebal dengan salji. Ada tempat yang saljinya setara bangunan 2 hingga 3 tingkat. Pengalaman yang menarik tapi agak mengerunkan kerana ini pengalaman pertama kali melihat salji tebal seperti itu disamping suhu yang mencapai -5 darjah celcius.

Ia sangat sejuk!

Sehingga penulis memakai baju sejuk yang tebal 4 lapis semasa di sana. Berlaku juga semasa penulis berada di sana adalah ribut salji. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Jika di Malaysia, setiap malam dibuka kipas selaju-lajunya sampai level 5, di sini kena pakai 'heater' menggunakan minyak tanah untuk memanaskan rumah. Itupun masih lagi perlu memakai baju tebal bagi menghangatkan diri.

Baru penulis sedar dan paham, kenapa rumah-rumah di Jepun kebanyakkan bersaiz kecil, rupanya bagi memudahkan proses 'menghangat'kan rumah ketika musim sejuk.

Penulis berada ke sini kerana ada kemudahan penginapan untuk selama 6 hari di rumah kakak penulis yang menetap di sini bersama keluarga kerana suaminya menyambung PHD di Universiti Nagaoka.
 
Perjalanan dari Tokyo dengan menggunakan bullet train ' Shikansen' yang berkelajuan 300 km/h  memakan masa hampir 2 jam perjalanan menuju ke sini. Memang sangat laju tetapi kosnya dikira mahal bagi perkhidmatan kereta api.

Manakala, ia adalah keretapi 2 tingkat. Sungguh hebat!

Nilai Yen jika ditukar kepada Ringgit Malaysia 8700 yen bersamaan RM300.

Alhamdulillah, semasa menuju semula ke Tokyo penulis mendapat diskaun tiket 7260 yen kerana menggunakan kad pelajar Malaysia yang ada di sana. Itulah untungnya jika ada kenalan rakyat Malaysia yang boleh membantu kita di Jepun.

Di sini, penulis melawat Nagaoka University of Technology, tempat di mana abang ipar mengambil PHD di universiti ini. Hanya terdapat satu-satunya masjid di Nagaoka yang mana ia terletak juga di dalam universiti ini.

Masjid Nagaoka juga aktif dengan kegiatan Islam di sana terutama bersama  NGO ISMA Japan (http://www.ismajepun.com/v1/) yang mana turut mengumpulkan dana untuk membuat masjid baru di 'Kita Mosque dan juga berkempen untuk Palestin.


Selain itu, penulis melawat sekolah 'Kibougaoka Elementary school' yang menjadi tempat belajar anak buah sekarang. Penulis melihat bahawa mereka dididik dengan cara pembelajaran yang memerlukan pemindaan kreatif dan komunikasi.

Tidak sama seperti Malaysia yang menumpukan kepada penumpuan 'teori' sahaja. Inilah generasi yang dididik untuk masa hadapan Jepun.


Dan beberapa tempat lain seperti Inchigo Hill di mana bendera Malaysia dapat dikibarkan di situ dengan bangganya yang mana  mendapat perhatian orang Jepun di sekelilingnya. 

Selama 6 hari di sana penulis melawat kawasan-kawasan perumahan di sekitar Shimoyama, berjumpa dengan sekumpulan pelajar dari Malaysia dan Indonesia di sini.

Tokyo: 

Apa yang boleh dikatakan tentang Metropolitan Tokyo. Sangat besar, hebat, laju, tepat dan sangat bersih!

Hari pertama sampai ke sini dengan penerbangan Air Asia X menuju ke lapangan terbang Antarabangsa Tokyo Haneda, yang mana penulis bermalam di sini kerana penerbangan sampai tengah malam. Untuk pengetahuan segala jenis pengangkutan perkhidmatan keretapi di Tokyo tiada selepas waktu tengah malam. 
 


Jadi untuk menjimatkan kos penulis sengaja tidak menempah hotel dan memilih untuk tidur di dalam airport yang mana istilahnya dikira 'gelandangan'. Namun alhamdulillah, cukup selesa kerana penulis dapat tidur di satu kerusi yang mana boleh baring disamping dengan  kawalan sekuriti airport.

Sebelum ke sini lagi, penulis telah mengkaji akan kawasan-kawasan yang dilawati dan juga tahap keselamatan negara Jepun. Dan penulis tidak perlu terlalu risau kerana daripada kajian dan statistik dari internet melaporkan Jepun antara negara terselamat di dunia.



Memang hal itu benar.

Sebab ada pelancong-pelancong lain yang menjadi gelandangan bersama penulis, tidur samping 'charge' henfon ,buka laptop sambil tidur. Malah semua barang itu masih selamat tanpa usikan sehingga keesokkan paginya.

Sistem keretapinya pula sangat besar dan efisian. Jika tanpa bantuan 'google map' yang sudah siap-siap di 'print' di Malaysia, memang akan sesat di sini. Walaupun sudah ada peta, penulis pun masih sesat juga. Macamana lah  tidak sesat, kerana setiap stesen tersebut besar dan ada beberapa 'wing' keluar. Jadi jika salah keluar 'wing' maka haluan akan berbeza kerana bila berada di dunia realiti ia berbeza.



Misalnya jika sepatutnya bangunan yang kita hendak pergi belah utara,dan kita keluar melalui pintu selatan, maka memang ke arah yang berbeza. Di situ lah permasalahan yang penulis hadapi semasa di sana.

Satu lagi, 'Interconnection' antara train juga sangat hebat umpama 'puzzle'.  


Hampir setiap stesen keretapi mempunyai banyak penukaran train. Itulah yang penulis boleh katakan sangat hebat. Kalau di Malaysia, ia boleh dibilang dengan jari sahaja.

Tapi, di situlah keseronokan menggunakan train di Tokyo. Di samping melihat gelagat orang-orang Jepun yang bergerak sangat laju, umpama mengejar atau berlari dari sesuatu, itu penulis sangat kagum.

Sehinggakan
penulis berasa terpaku sekejap di tengah keramaian tersebut umpama seorang yang asing (walaupun memang orang asing pun), melihat  kebanyakan panduan signboard  dalam bahasa Jepun termasuk membeli tiket di kiosk.

Itu salah satu dugaan.

Jepun bukan lah negara yang penduduknya tahu berbahasa Enggeris. Hanya sebilangan kecil sahaja. Namun Alhamdulillah, penjaga yang berada di kaunter tiket, sebilangan mereka boleh berbahasa Inggeris.

Tetapi yang berada di jalanan, mereka tidak ramai tahu berbahasa Inggeris. Tapi InsyaAllah, kebanyakanya mereka sudi  membantu terutama pabila melihat pelancong luar seperti penulis walaupun hanya dengan bantuan gerak anggota tubuh untuk membuatkan penulis betul-betul paham.

Di sini, boleh dikatakan mereka  amat peramah di samping budaya menghormati yang masih lagi tinggi walaupun dalam arus kemodenan.

Beberapa tempat kunjungan di sekitar Tokyo iaitu  Tokyo Camii, (Masjid Tokyo) di Yoyogi Uehara. Masjid ini sangat sangat cantik hasil binaan Turki di tengah-tengah bandar Tokyo.



Di sini, penulis  berjumpa  Imam Masjid Tokyo sendiri dan  Imam Islamic Center Japan, Niametullah Khalil Ibrahim Yurt. Beliau adalah personaliti Muslim yang cukup glemor dan disegani di Jepun.

Lagi teruja, beliau boleh berbicara sedikit dalam bahasa Melayu dan berkata penulis beliau pernah melawat Malaysia terutama ke  Masjid Petaling .



Penulis juga berjumpa dengan Imam Haroon Qureshi , Setiausaha Umum Japan Islamic Trust Masjid Otsuka yang mengajak untuk melihat aktiviti Masjid Otsuka pada keesokkan harinya.

Selain itu juga, penulis berjumpa beberapa personaliti penting yang  tidak berapa ingat namanya iaitu pengarah Halal Food Japan yang mana badan yang memberikan maklumat makanan Jepun yang boleh dimakan oleh Orang Islam yang berada di Jepun.

Maklumlah, kesukaran mendapat makanan halal di Jepun amat menyukarkan komuniti Islam di sini walaupun kebanyakan produk makanan Jepun sangat enak dan lazat. Memang kena kuat 'iman' bagi menahan godaan tersebut.

Penulis tiada masalah dari segi sumber makanan di sini kerana semasa di Nagaoka sebelum ini, kakak penulis yang masak makanan di rumah. Manakala semasa di Tokyo , kakak penulis membekalkan nasi dan roti untuk kemudahan perjalanan penulis selama 2 hari.

Terima kasih kak Aidah!

Berada di masjid Otsuka selama setengah hari, penulis dapat melihat aktiviti yang dijalankan oleh madrasah yang terdiri dari anak-anak Jepun tempatan dan anak komuniti Islam lain di samping  sempat juga berbual-bual bersama dengan Imam Niametullah dan Imam Haroon. 



Sepanjang perbualan, penulis sempat memberitahu  kepada Imam Haroon bahawa Malaysia pernah menghantar bantuan Tsunami Jepun tahun 2011 dengan mendapat kerjasama  masjid Otsuka.

Maklumat ini diberitahu oleh sahabat penulis, Abg Shahrul (MRA) sebelum berangkat ke Jepun yang mana beliau  pernah berkhidmat untuk misi bantuan kemanusiaan tersebut. Ternyata Imam Haroon masih masih mengingati beliau.

Itulah indahnya 'persaudaraan' dalam Islam.

Semasa solat berjemaah di sini, pelbagai bangsa yang ada terutamanya yang dari Jepun sendiri dan  juga komuniti Muslim dari negara Arab. Suasana yang hebat dapat melihat kepelbagaian bangsa umpama penulis pernah belajar di UIAM dahulu.

Penulis juga sempat melawat Universiti of Tokyo. Apa yang boleh dikatakan universiti di Jepun tidak ada binaan 'pintu masuk' yang gah seperti mana universiti di Malaysia. Cuma 'signboard' kecil sahaja yang menunjukkan kawasan itu adalah universiti. Hal ini dapat di lihat pada universiti Tokyo  dan juga universiti Nagaoka yang dikunjungi sebelum ini.


Pendapat penulis mungkin kerana  terlalu banyak universiti di Jepun yang menjadikan ia adalah institusi  awam yang mana orang luar bebas keluar masuk tanpa sekatan tidak seperti universiti di Malaysia yang ada pengawal keselamatan di setiap pintu masuk universiti.

Kesempatan di Tokyo juga  penulis dapat mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Imperial Palace untuk melihat tempat sejarah dan juga  tempat di mana bunga sakura yang sudah mula hendak mengembang, dan melawat Tokyo Tower yang menjadi simbol kebanggaan infrastruktur negara Jepun.



Sepanjang di Tokyo selama 3 hari (hari pertama dan hari ketujuh, kelapan),boleh dikatakan  kadar barangan adalah mahal nilainya berbanding nilai ringgit.

Air minuman paling murah boleh diperolehi adalah 100 yen bersama RM3.40 (nilai duit Malaysia semasa penulis kunjung).

Begitu jugak dengan hotel, penulis memperolehi hotel yang paling murah untuk satu malam di Tokyo adalah berharga RM 80 ringgit tetapi hanya untuk sebuah 'capsule hotel' yang hanya boleh duduk dan baring sahaja. Hotel yang sangat kecil dan sempit.

Begitu lah pengorbanan yang perlu ditempuh di negara maju lagi-lagi penduduk di sana berjumlah 127 juta orang (4 kali ganda dari penduduk Malaysia).

Tanah sangatlah mahal, apatah lagi tempat penginapan untuk kehidupan.

Tidak hairanlah Tokyo berada di tangga no 1 bandaraya termahal di dunia berdasarkan statistik berikut (http://edition.cnn.com/2013/02/04/travel/cost-of-living-2013)

Dan penulis amat tertarik dengan artikel ini : http://www.ismajepun.com/v1/10-kualiti-mangsa-tsunami-jepun/ yang mana kejadian yang sama dilalui penulis semasa melawat Jepun dengan melihat menggunakan mata sendiri.

Alhamdulillah,pengembaraan Jejak Hidayah di Jepun adalah suatu kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Beberapa perkara yang boleh penulis 'highlight' kan sepanjang jejak hidayah Jepun ini:

Bersih- Penduduk Jepun sangat pembersih, dari segi tandas, laluan ,bangunan dan semuanya. Sukar melihat sampah mahupun daun-daun pohon di mana-mana. Sungai mereka cantik dan bersih. Mereka ada sistem pembuangan sampah yang efisien.

 
Apatah lagi tong-tong sampah, semuanya diasingkan untuk tujuan kitar semula.

Namun, awas! kebanyakan tandas awam tiada air hanya dibekalkan dengan tisu sahaja. Jadi keperluan untuk membawa sebotol air amat diperlukan jika dalam keadaan terdesak bagi orang yang memerlukan air seperti kita dalam urusan bersuci!

Disiplin
-
Menepati masa amat dititikberatkan dalam kehidupan mereka. Bukan sahaja orangnya, malah jika dilihat dari sistem keretapi mereka, kadar kelewatan keretapi mereka adalah kurang dari seminit, tetapi kebanyakan menepati masa ( rujukan http://www.japanechoweb.jp/jew0210/ ).

Kalau di Malaysia? ada lebih setengah dan satu jam lewat.

Urusan jual beli- Ini yang paling menarik perhatian penulis. Walaupun ia kelihatan mudah tetapi ia beri satu impak dalam sistem muamalah.
Kebanyakan kaunter kedai di Jepun meletakkan bekas duit (mangkuk atau tray untuk pelanggan letak duit bayaran).

Jadi tiada sentuhan/tersentuh tangan antara laki dan perempuan. Cara tersebut memang sangat praktikal disamping dapat mengelakkan gangguan seksual. Memang ia satu unsur Islamik.

Begitu juga urusan tempahan atau booking online. Betapa amanahnya dan tawakal peniaga Jepun apabila mereka hanya akan  mendapat bayaran pabila pelanggan sudah mendapat barang yang ditempah. Pengalaman  ini diperoleh adalah semasa penulis booking online hotel dan T-shirt Jepun.

  
Selamat- Jepun negara selamat.
Penduduk mempunyai nilai integriti yang tinggi. Tidak risau jika berjalan berseorang terutama pengembara solo seperti penulis.

Dan kebanyakan jalan dan laluan ada mesin automatik menjual air dan barang-barang runcit di celah-celah bangunan. Namun, tiada berlaku vandalism di sini. Betapa bertanggungjawabnya orang Jepun atas harta awam.

Hormat dan AmanahHormat dan amanah pada orang dan barang orang (kalau jumpa barang orang, pulangkan, jangan anggap itu rezeki kita selagi tak berusaha pulangkan), hormat dan amanah pada alam (jangan buang sampah merata-rata , pungut kalau jumpa), hormat dan amanah pada haiwan (kalau binatang perliharaan buang najis, pungut dan buang.jangan nak susahkan orang lain buang).

Teknologi- Teknologi yang terbaik terutamanya sistem pengangkutan yang efisien dan mesra alam. Selain itu, dari segi  elektrik mereka menggunakan plug 2 pin dan kebanyakan socket  tanpa suis 'on'.  Mudah dan selamat dan tetapi ia adalah sistem elektrik yang terbaik dan kurang risiko litar pintas.

Namun, untuk menggunakan telefon secara 'roaming' di sini, perlu ada telefon perkhidmatan 3G, jika menggunakan telefon biasa memang kita seperti berada 'lost in the world'. Maksudnya penduduk Jepun tiada menggunakan henset murah seperti yang masih ada dijual di negara kita.

Mujur penulis ada 2 henset yang mana satu ada line 3G (smartphone) dan satu tiada (biasa). Masih boleh berhubung dengan orang-orang yang penting di Jepun sana.


Dan banyak lagi.

Memegang kata-kata kenalan yang berada di Jepun,

"Islam itu bukan setakat di masjid, sejadah, zikir dan puasa sahaja. Bukan ke Islam itu ada dalam setiap urusan kehidupan? Bekerja itu ada Islam, urusan sesama manusia itu ada Islam, hubungan dengan alam itu ada Islam. Itu yang banyaknya ada kat Jepun."


Maka, sekiranya sifat kemanusiaan dan cara kehidupan Jepun yang secara dasarnya adalah 'Islam' dalam kehidupan mereka, jika mereka dapat menerima hidayah Allah ia adalah suatu yang tersangat bermakna.

Mereka akan lebih 'Islam' daripada Orang Islam sendiri kerana ditambahkan dengan sifat semulajadi mereka itu.

Ya Allah,

Doakan mereka diberikan hidayah oleh Mu. Dan doakan Orang - orang Islam di sana terutama penuntut universiti yang Muslim dapat melakukan sesuatu untuk agama, jika tidak mampu berdakwah kepada mereka tunjukkan akhlak Islam yang lebih baik dan sempurna.

InsyaAllah, Islam boleh berkembang di bumi Sakura ini!

Salam Perantauan,

Penulis adalah saudara Nor Azhar Bin Mohamed. Pengurus Pembangunan Program Yayasan Al-Khalifah

Gambar penuh program boleh kunjung di sini:








0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...