PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

05 January 2013

XPDC 4X4 MONSUN TRAIL '12

19-25 Disember 2012:  XPDC 4x4 Monsun Trail' 12 yang disertai oleh 15 buah jentera 4x4 dari pelbagai negeri memberikan suatu pengalaman 'hardcore offroad' yang tidak ternilai kepada peserta. Ekspedisi kali ini menjadi program terbesar dan penutup Yayasan Al-Khalifah bagi tahun  2012.

Bersempena nama program Monsun Trail yang sememangnya di kala ini Pantai Timur menghadapi musim tengkujuh adalah suatu cabaran kepada fizikal mental dan emosi peserta konvoi yang berjumlah dalam 40 orang bagi memberi bantuan kemanusian kepada penduduk asli perdalaman Gua Musang yang terputus bekalan makanan luar. Hal ini kerana peniaga luar tidak berani masuk ke kawasan pedalaman di musim tengkujuh ini menyebabkan bahan mentah dan barangan menjadi sangat mahal pada ketika ini.

Antara peserta konvoi 4x4 yang turut menyertai ekspedisi ini adalah dari Selangor dan KL (6 buah), Perlis (3 buah), Kelantan (3 buah), Penang (3 buah) telah menyalurkan bantuan di sekitar Pos Hau dan Pos Balar.

Sasaran untuk melengkapi pusingan 180 km melibatkan 2 buah Pos lagi iaitu Pos Belatim dan Pos Bihai tidak kesampaian kerana keadaan jalan yang sangat teruk dan dikhabarkan oleh penduduk ada bahawa terdapat kejadian tanah runtuh. Justeru itu, kami sepakat mengambil keputusan untuk berpatah balik menggunakan jalan sama yang digunakan untuk sampai ke pedalaman ini bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini.

Kali ini konvoi menyalurkan sumbangan barangan keperluan harian seperti set barangan harian (beras,gula,vico,garam,sos,maggi,garam), peralatan sekolah seperti,pensil,kaler, buku  dan juga peralatan solat seperti telekung,kain pelekat dan 40 naskah Quran kepada surau di Pos Balar.

Oleh kerana 'hardcore'nya jalan offroad kali ini, 6 buah kenderaan tidak sampai ke Pos Balar dan terpaksa keluar awal kerana kerosakan teknikal kenderaan. Manakala 1 buah kenderaan tidak dapat keluar dari Pos Balar dan telah ditinggalkan di sana.

Namun semua kejadian ada hikmahnya, kali ini konvoi dapat berprogram dan bermalam buat pertama kalinya di Kg Enching Pos Hau. Yang kedua , hikmah di sebalik segala kesulitan terdapat satu perkara yang pasti tidak dilupakan oleh seluruh tim ekspedisi apabila dua orang pemuda dari Kampung Balyek Pos Balar telah melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam.

Alhamdulillah, terima kasih kepada penaja seperti telekung project, Emansoft, 4x4 Malaysia, Darul Quran, dan penyumbang-penyumbang persendirian. Jasa dan pengorbanan anda amat dihargai. Semoga Allah memberkati setiap langkah dakwah dan amal kebajikan kita sebagai bekal untuk akhirat kelak. 

Salam perjuangan dari Yayasan Al-Khalifah (YAK).

Gambar Penuh Program di dalam   XPDC OFFROAD MONSUN TRAIL '12


0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...