PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

21 November 2012

' XPDC Yellow Cruiser Charity Trail 2' Pos Simpor, Gua Musang



9-12 November 2012: Yayasan Al-Khalifah dengan kerjasama 1Charity dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menganjurkan program XPDC 4X4 “ Yellow Cruiser Charity Trail 2 ” menuju ke perkampungan orang asli di kawasan pergunungan, Pos Simpor, Gua Musang Kelantan.

Di dalam XPDC kali ini sebanyak 13 buah kereta pacuan empat roda telah digunakan. Program ini telah diketuai oleh Tuan Abdul Hamid dari 1Charity.

Pada hari pertama program, semua peserta berkumpul di perkarangan Masjid Gua Musang, memeriksa semula keadaan kereta dan bersarapan bersama. Pada pukul 9 pagi, ekspedisi bermula dan para peserta mula memasuki kawasan hutan untuk menuju ke Pos Simpor.

Pada awalnya, keadaan perjalanan amat baik kerana cuaca yang panas dan cerah, malangnya di sebelah petang, cuaca hujan menyebabkan keadaan tanah jalan menjadi teruk sehinggakan ada di antara kenderaan pacuan 4 roda yang terpaksa ditarik kerana tidak dapat melepasi kawasan tanah yang licin akibat hujan.

Semua ahli ekspedisi telah tiba di Pos Simpor pada pukul 7 malam. Pada malamnya, diadakan solat berjemaah dan  tazkirah yang diberikan oleh ustaz yang telah dilantik. Usai solat, semua ahli ekspedisi dan  penduduk makan malam bersama.

Pada hari ahad, keesokan harinya, ahli ekspedisi telah mengadakan beberapa aktiviti khususnya untuk penduduk orang asli. Antaranya aktiviti yang diadakan ialah, permainan papan dat dan paint ball khas untuk golongan dewasa. Manakala bagi kanak-kanak pula, acara sukaneka dan belajar membaca.

Penduduk di Pos Simpor kelihatan sangat gembira kerana dapat mencuba beberapa permainan baru. Setelah letih mengikuti aktiviti yang disediakan oleh ahli ekspedisi, penduduk kampung telah dijamu dengan makanan tengahari yang enak. Pada malam pula, penduduk kampung diminta untuk sama-sama solat berjemaah dan mendengar sedikit tazkirah daripada Ustaz Hakimi. Setelah selesai solat isyak dan ceramah, penduduk kampung dan ahli ekspedisi menjamu selera bersama.

Pada keesokan harinya, para ahli ekspedisi mula mengagihkan barang-barang sumbangan yang telah di bawa dari Kuala Lumpur seperti gula, minyak, minuman, Maggie dan garam kemudian diedarkan ke beberapa buah kampung sekitar Pos Simpor.

Setelah selesai mengedarkan keperluan barang makanan kepada para penduduk di sekitar Pos Simpor ( (Kg Simpor,Kg Dangdut,Kg Penad,Kg Sedal,Kg Jader, Kg Rekom dan Kg Halak) semua ahli ekspedisi meneruskan perjalanan keluar untuk kembali semula ke ibu kota.

Malangnya, di dalam perjalanan pulang salah sebuah pacuan 4 roda telah tergelincir dan masuk ke dalam gaung akibat keadaan jalan yang begitu licin kerana hujan.

Ahli ekspedisi terpaksa menangguhkan perjalanan keluar dan memberi bantuan kepada pacuan 4 roda yang telah termasuk ke dalam gaung. Di dalam kemalangan itu, seramai 5 orang ahli ekspedisi terlibat dan hanya mendapat kecederaan ringan.

Para ahli ekspedisi terpaksa mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk mengeluarkan kereta pacuan 4 roda yang terjunam itu, kemudian meneruskan perjalanan keluar ke pekan Gua Musang.

Perjalanan kali ini amat mencabar, kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah seperti faktor cuaca yang tidak menentu dan bentuk muka bumi yang berbukit bukau, tetapi Alhamdulillah akhirnya program ini dapat dijalankan dengan jayanya kerana kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli ekspedisi menjadikan ekspedisi pada kali ini begitu menarik, semoga kita akan berjumpa di ekspedisi yang akan datang.

laporan disediakan oleh: Aminah Albani (UKM)

Untuk lebih gambar klik link bawah

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...