24 & 25 November 2012/ Sabtu & Ahad: Kelab Titian Asli, di bawah Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menganjurkan "Hari Integrasi Titian Asli 2012 (TAGID)" di Kempville Beach Resort, Kuantan, Pahang bersama komuniti Orang Asli di sekitar negeri Selangor dengan kerjasama pihak Yayasan Al-Khalifah dan JAKOA Pahang. Program tahunan ini dianjurkan buat kali yang ketiga pada tahun ini melibatkan seramai 80 orang asli melibatkan 3 buah kampung iaitu:
1. Kg. Gurney Sg. Sendat, Ulu Yam, Selangor
2. Kg. Sg. Songkok, Batang Kali, Selangor
3. Kg. Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor
Program yang melibatkan 48 urusetia daripada kelab Titian Asli dengan objektif utama pelaksanaan program adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat bersama masyarakat Orang Asli dalam pelbagai sudut sebagai langkah untuk membuka pemikiran mereka dengan lebih jauh lagi. Di samping itu, program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan integrasi antara komuniti Orang Asli bersama mahasiswa UIAM.
Album penuh program TAGID 2012 boleh kunjung di sini :
Album penuh program TAGID 2012 boleh kunjung di sini :