PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

13 September 2012

EKSPEDISI 'OFFROAD MERDEKA RAYA' POS BALAR DAN BELATIM G. MUSANG KELANTAN






Kembara 'Ekspedisi Offroad Merdeka Raya' Yayasan Al-Khalifah melabuhkan tirainya pada 3 September 2012. Kembara yang berlangsung selama lima hari bermula 30 Ogos hingga 3 September 2012 melibatkan dua perkampungan masyarakat orang asli di Pos Balar dan Pos Belatim.

Pada perancangan awal, ekspedisi bercadang melibatkan tiga Pos termasuklah Pos Bihai, namun akan masalah teknikal kenderaan pada permulaan perjalanan dan keperluan masa yang terhad, maka perjalanan terus ke Pos Bihai terpaksa dibatalkan.


Pacuan empat roda untuk ekspedisi kali ini
Untuk kembara pada kali, Yayasan Al-Khalifah menganjurkan dua program mega secara serentak bersempena sambutan hari raya Aidilfitri dan Kemerdekaan bersama masyarakat orang asli perdalaman. Dengan berbekalkan kekuatan lapan ahli sukarelawan yang terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita dan turut dibantu oleh pelatih Orang Asli iaitu Rokiah dan Faridah.

Kembara Merdeka Raya ini menggunakan dua buah kenderaan pacuan empat roda dan mengambil masa tujuh jam perjalanan. Kami bertolak dari Kuala Betis ke Pos Bihai pada jam 3.30 petang dimana ketika dalam perjalanan, salah satu kenderaan (Land Rover) mengalami kerosakan teknikal hingga menyebabkan kami berpatah balik ke pekan Gua Musang untuk membaiki kenderaan terlebih dahulu.

Kelewatan membaiki kenderaan sehingga lewat malam menyebabkan kami terpaksa merubah perancangan, lantas memikirkan altenatif lain menggunakan jalan 'offroad' yang menghala ke Pos Balar untuk kemudahan perjalanan malam .

Kami memulakan perjalanan pada waktu tengah malam, lebih kurang jam 11 malam dan selamat tiba pada jam 6 pagi keesokan harinya. Kemudian, berhenti seketika di salah sebuah sungai untuk ber'sahur' kerana ada peserta ekspedisi yang ingin merasai 'puasa 6' dalam keadaan sukar di hutan belantara.


Menyeberangi 6 buah sungai masuk ke kawasan Pos Balar dan Pos Belatim

Alhamdulillah, sampai ke kampung pertama iaitu kg Ipes, Pos Balar pada pagi Sabtu untuk menyerahkan barang barang sumbangan di situ. Tidak berapa lama kemudian kami menuju ke Kg Balar Lama sejauh 3 kilometer daripada situ. Di sinilah kami mengadakan kenduri 'Cak Raya Aidilfitri'. Kg Balar Lama dipilih sebagai tuan rumah lantaran tempat asalnya Rafidah dan Rokiah.


Rafidah dan Rokiah kembali semula ke kampung halaman
Suasana meriah di kg Balar Lama
Pada hari berikutnya, kami meneruskan perjalanan ke Pos Belatim. Keunikan Pos Belatim adalah di situ hanya seorang sahaja yang beragama Islam. Insan tersebut bernama Hajar, seorang wanita muda yang tinggal berseorangan. Beliau pernah di 'syahadah'kan oleh kumpulan kami pada 4 tahun yang lepas.

Alhamdulillah, sehingga sekarang kediaman beliau menjadi pusat aktiviti untuk setiap aktiviti yang dilakukan. Jika dahulu, orang Pos Belatim kurang bersama untuk aktiviti tetapi dengan berkat usaha yang berterusan, mereka semakin mesra dan terbuka akan kedatangan kumpulan kami. Cuma usaha ini perlu diteruskan untuk mengajak dan memujuk mereka bersama kepada Islam.

Dan yang istimewanya kali ini di sini, juadah disediakan adalah pulut durian memandangkan di kampung tersebut sedang musim durian. Namun, ada segelintir yang tidak makan kerana ber'pantang' disebabkan menurut kepercayaan mereka boleh mendatangkan 'sawan'.


Pembahagian hidangan spesial 'pulut durian'


Bertambah istimewanya adalah penemuan bunga Raflesia iaitu bunga terbesar di dunia berada di kawasan Pos Belatim. Suatu pengalaman baru untuk para peserta kerana bunga itu sukar dijumpai di Malaysia .


Penemuan Raflesia ketika sedang mencari durian
Penutup program adalah di Kg Peng. Buat pertama kali dalam sejarah pengembaraan dakwah yayasan selama beberapa tahun, dapat melakukan aktiviti di kampung tersebut memandangkan di situ adalah tempat kuat penganut Krisitian. Alhamdulillah, penerimaan bertambah baik di situ dan mereka menghidangkan masakan dalam lemang untuk 'rumah terbuka' di situ.


Masakan tradisional ubi dan ayam dalam buluh yang spesial.
Faizah (tengah berbaju hitam) gembira melayani keletah wanita di Kg Peng
Jamuan Cak Raya Aidilfitri Merdeka
Atiqah sedang memakai 'tempok' hiasan tradisional di sana
Rafidah (kiri bertudung oren) menerima poster rujukan solat untuk diaplikasikan di kampung halaman
Maka pada hari Isnin, ekspedisi pun berakhir. Turut serta ketika pulang adalah seorang wanita asli yang sarat mengandung untuk dihantar ke hospital. Semasa dalam perjalanan keluar dari belantara, kami diuji apabila salah sebuah kenderaan nyaris memasuki gaung. Alhamdulilah, kenderaan kami cuma mengalami sedikit kerosakan dan berjaya keluar dengan selamat.

Akhirnya sampai ke Masjid Besar Gua Musang pada pukul 9 malam, dan selepas berkemas diri maka  berangkat para sukarelawan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 12 malam dan sampai pada keesokkan harinya.

Alhamdulillah, marhalah dakwah kali ini memberikan satu pengalaman manis yang berbeza kepada para peserta.

Terngiang-ngiang di telinga, sebelum berangkat pulang ada salah seorang peserta menyatakan hasrat 'jika aku diberikan jodoh bersama wanita asli ,aku akan mempertimbangkannya'. Semoga dipermudahkan urusan beliau itu. Amin. :)


Sambutan 'Merdeka Raya di Perdalaman"

Gambar program Ekspedisi Offroad Merdeka Raya boleh dilihat  di SINI 
  
cdt: Man, Zunnur dan Ami

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...