PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

27 August 2012

LAPORAN SEPANJANG PROGRAM IHYA RAMADHAN YAK 1433H


Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi, sepanjang bulan Ramadhan tahun 1433H/2012 ini, Yayasan Al-Khalifah bersama seluruh tenaga kerja jawatankuasa, sukarelawan dan penyumbang dana telah berjaya menganjurkan Program 'Ihya Ramadhan 1433H' YAK bersama komuniti  ' Muallaf Orang Asli' di kawasan perdalaman dan pinggir bandar Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Kedah dan turut meluaskan skop ke kepulauan Borneo bersama komuniti suku 'Dusun' di Perdalaman Sabah. 

الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر ولله الحمد

Pihak Yayasan Al-Khalifah telah berjaya menjalankan 2 Kempen sempena Ramadhan iaitu: 'KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS' dan 'KEMPEN IFTAR/BERBUKA PUASA: TAJA 1 RINGGIT UNTUK 1 ORANG ASLI'.  

Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan terutamanya dari pelbagai badan seperti agensi-agensi kerajaan, swasta dan juga perseorangan.  Kutipan nilai sumbangan yang diperolehi sepanjang kempen Ihya Ramadhan YAK 2012 adalah dianggarkan sebanyak RM40,000 dan telah disalurkan kepada lebih kurang 80 buah kampung orang asli di seluruh Malaysia. Dan seramai 4 orang pemuda Asli telah memeluk agama Islam dan  'disyahadahkan' pada Ramadhan yang lalu.

Justeru, infiniti ucapan kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutama para dermawan dan sukarelawan YAK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Maka, bersamalah kita menghidupkan hari raya Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa taqwa hasil dari ketaqwaan bulan Ramadhan yang lalu. 

Sesungguhnya  “Dengan Taqwa Lebaran Lebih Bermakna”. 

Berikut merupakan Program-program yang telah dijalankan sepanjang program Ihya Ramadhan Yayasan Al-Khalifah 2012 (klik link untuk foto-foto program)

21 Julai-  Program Ihya Ramadhan Di Sekretariat Kg Changkat (Bersama Pelatih Oa Pos Balar)
11-13 Ogos- Program Penyerahan Sumbangan Raya 40 KOA Di Kuala Kangsar, Perak
12 Ogos- Program Ihya Ramadhan Penyerahan Zakat Dan Sumbangan Raya Di Pos Brooke (Kg Mendrop,Kg Jerdip,Kg Jelgel) Gua Musang Kelantan



Program Ihya Ramadhan di  Pos Brooke,Kelantan

Program Ihya Ramadhan di  Kg Asli Gurney, Ulu Yam Selangor
Program Ihya Ramadhan di  Pos Blau, Kelantan
Program Ihya Ramadhan di Lubuk Legong,Kedah
Program 'Eksplorasi Dakwah Ramadhan BORNEO' di Ranau Sabah

Program Ziarah Dan Ramah Mesra Dakwah Bil Hal Hospital JAKOA, Gombak Selangor

Program Sambutan Hari Raya 1 Syawal di Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak


Gambar selebihnya boleh dikunjung di sini  (foto Kempen Ihya Ramadhan Yayasan AL-Khalifah)

~********~

Salam Aidilfitri 1433H, minal aidil wa faizin dari seluruh  warga Yayasan Al-Khalifah


0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...