PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

07 June 2012

PROGRAM KEMBARA ASLI POS BIHAI BERSAMA PELAJAR KUIS

11-17 Mei 2012: Program berskala besar 'Kembara Asli Pos Bihai Gua Musang Kelantan' dianjurkan oleh unit Exco Sekretariat Latihan Kepimpinan dan Ta'aruf Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dengan kerjasama pihak Yayasan Al-Khalifah dan IOA Kelantan. 

Berdasarkan perancangan awal, program ini asalnya akan  dianjurkan di Pos Balar tetapi ditukarkan pada saat-saat akhir kerana beberapa masalah yang tidak dapat  dielakkan.

Alhamdulillah, penyertaan seramai lebih kurang 30 orang peserta daripada kalangan pelajar KUIS memberi pendedahan kepada mereka akan kehidupan masyarakat asli di perdalaman semenanjung. 

Justeru, pelbagai aktiviti diadakan selama 5 hari di perkampungan tersebut bagi mengeratkan silaturrahim bersama penduduk kampung. 

Program seumpama ini merupakan yang pertama dilakukan di Kg Asli Pos Bihai melibatkan pelajar universiti bersama penduduk kampung. Walaubagaimanapun, sambutan amat menggalakkan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Selain memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada peserta, program kali ini merupakan salah satu aspek yang penting bagi pembangunan diri pelajar selain dari pembangunan akademik pelajar yang telah diberi penekanan di fakulti. Dengan kata lain sebagai pelengkap kepada diri pelajar untuk menjadi orang yang bersahsiah tinggi dan peduli 'ummah' .










Gambar-gambar selebihnya boleh dilihat di sini (foto Pos Bihai)

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...