PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

06 June 2012

EKSPLORASI DAKWAH BORNEO SIRI 1- RANAU SABAH

18-23 April: Eksplorasi Dakwah Borneo Siri 1- Ranau Sabah diadakan di perkampungan suku kaum Dusun di beberapa buah kampung terpilih  iaitu kampung Sumbilingo, Kg Malingsou dan Kampung Timbua anjuran bersama Yayasan Al-Khalifah dan Islamic Outreach Abim (IOA) Sabah yang dikelolakan oleh Ustas Sobri. 

Aktiviti lain yang dilakukan selama 5 hari tersebut juga adalah beramah mesra dengan penghuni  Rumah Anak Yatim Putera Harapan (RPH) Ranau dan juga mesyuarat bersama Persatuan Mualaf Pantai Barat Sabah Daerah Ranau.

Kunjungan pihak Yayasan Al-Khalifah kali ini adalah untuk melihat dan mempelajari kaedah atau metod dakwah yang dijalankan oleh IOA Sabah di perdalaman hutan Borneo yang sasarannya adalah peribumi Sabah berbeza dengan masyarakat asli di Semenanjung. 

Justeru, program bersama ini dapat memanfaat pengalaman yang dimiliki oleh pihak yayasan dan IOA untuk terus mensemarakkan usaha dakwah kepada golongan sasaran di perdalaman kerana di Malaysia tidak banyak NGO Islam yang sanggup mendekati masyarakat tersebut.

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...