PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

08 March 2012

JALINAN KASIH 7 PERKIM UIAM PETALING JAYA DI KG JERDIP, G. MUSANG

     Pada 29 Februari hingga 3 Mac 2012, PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama Kelab Perkim Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya dan disertai oleh qariah Masjid Saidina Umar Al-Khattab telah mengadakan program Jalinan Kasih 7 di kampung Jerdip Gua Musang Kelantan. Pihak Yayasan Al-Khalifah bertindak sebagai pencadang dan penyeliaan lokasi. 

    Program yang dimulakan dengan ketibaan pelajar-pelajar terdiri 14 wanita dan 17 lelaki disambut oleh penduduk kampung dengan mesra. Pada petangnya pelajar-pelajar membuat kunjungan hormat ke rumah ketua JKKK dan seterusnya menziarah rumah penduduk kampung. Sebelah malamnya diadakan program takruf dan taklimat.

     Pada hari kedua sebelah pagi diadakan aktiviti pembersihan kawasan surau, dewan serta kawasan aktiviti. Sebelah petangnya pula diadakan sukaneka bersama kanak-kanak diikuti kelas fardhu ain. Manakala sebelah malamnya penduduk dihiburkan dengan tayangan filem bertajuk 'Marisah', sebuah  adaptasi cerita kejadian tsunami di Aceh.  

     Kebetulan hari jumaat merupakan cuti sekolah di Kelantan, program bersama anak-anak dimulakan pada sebelah pagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti 'sudut mewarna' dan menyiapkan 'kerja rumah'. Manakala, aktiviti bersama orang dewasa pula diadakan kelas masakan. 

       Pada tengaharinya pelajar-pelajar lelaki dibawa ke Kg. Raja, Cameron Highland  untuk bersembahyang Jumaat kerana di kawasan Pos Brooke tiada masjid. Sebelah petang pula diadakan sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa.  Program  malam diakhiri dengan pertandingan  kuiz dan tayangan slaid gambar-gambar program.

     Pada hari terakhir, program menerima kunjungan ahli-ahli Jawatankuasa dan jemaah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara seramai 40 orang. Jemaah ini dijemput sebagai menghargai sumbangan yang diberikan berupa kewangan (zakat) dan lembu korban semenjak 3 tahun yang lepas demi memakmurkan surau di Kg. Jerdip ini. 

     Program seterusnya adalah penyampaian ucapan oleh wakil-wakil penduduk dan organisasi terlibat dan pengucaptama oleh Tuan Haji Hanif Harun dari PERKIM Kebangsaan. Majlis juga menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung dan diikuti jamuan makan tengahari. Akhirnya, majlis bersurai pada jam 3 petang.

Aktiviti pelajar UIAM  PJ bersama penduduk kampung

Majlis Penutup Program

Sumbangan kepada penduduk kampung

Gambar kenangan sebelum pulang ke Kuala Lumpur

Gambar sepanjang program Jalinan Kasih 7 boleh dilihat di SINI

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...