PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

14 November 2011

PROGRAM IBADAH QURBAN POS BROOKE 1432H, GUA MUSANG KELANTAN

Alhamdulillah, untuk tahun ketiga berturut-turut Yayasan Al-Khalifah bersama lebih kurang 15 sukarelawan daripada pelbagai agensi dan pusat pengajian tinggi terbabit dalam Program Ibadah Qurban Pos Brooke Gua Musang Kelantan 1432H/2011 pada 6-7 November 2011. Qurban kali ini mendapat sambutan yang baik dengan sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan.

Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan dan diedarkan kepada beberapa buah kampung di sekitar Pos Brooke yang disumbangkan oleh beberapa penaja utama iaitu sumbangan daripada peserta Qurban Masjid Saidina Umar Al-Khatab Damansara, ASDAF (Perkim) dan juga penyumbang-penyumbang persendirian. Seekor lagi lembu telah dikorbankan di perkarangan Masjid Saidina Umar Al-Khatab Damansara pada hari ketiga Qurban iaitu pada 8 November 2011.

Signifikan aktiviti sebegini bukan sahaja dapat memberi pemahaman dan pengetahuan secara  langsung kepada saudara Muslim yang baru memeluk Islam tentang aktiviti dan ibadah utama ummat Islam malah sebagai pemangkin ke atas usaha-usaha dakwah kepada kelompok yang belum memeluk Islam. InsyaAllah, usaha ini akan diteruskan untuk masa-masa mendatang!

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).












0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...