PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

08 September 2011

PROGRAM 'NUR RAMADHAN 2011' YAYASAN AL-KHALIFAH


الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر ولله الحمد

Alhamdulillah, kita telah berjaya melalui bulan Ramadhan tahun ini, semoga setiap amalan kita diterima Allah dan dijadikan pemberat amal di akhirat nanti. Hadirnya Ramadhan sebagai madrasah, mendidik jiwa agar lebih bertaqwa, menekan gelojak nafsu agar tidak bermaharajalela, melatih diri melazimi tilawah al-quran dan memotivasikan semangat mencari redha Allah.

Apa yang ingin dilahirkan melalui madrasah Ramadhan adalah insan-insan yang mempunyai jiwa rabbani dan bukan sekadar memiliki semangat Ramadhani. Apa yang diingini adalah hamba yang melakukan amal kebaikan dalam tujuan mencari redha Allah dan bukan sekadar mengejar ganjaran pahala iaitulah insan yang menjadikan Ramadhan sebagai batu loncatan dan pembakar semagat untuk terus mempertingkatkan amal dan bukan sekadar menjadikannya satu-satunya bulan untuk berbuat kebaikan. 

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi, sepanjang bulan Ramadhan tahun ini Yayasan Al-khalifah bersama seluruh tenaga kerja jawatankuasa, sukarelawan dan penyumbang dana telah berjaya menganjurkan program 'Nur Ramadhan 2011' di beberapa perkampungan asli terpilih di negeri Selangor, Perak dan Kelantan. Program-program yang telah dijalankan adalah seperti di bawah:

3 Ogos: Iftar Ramadhan kg Chinggung, Slim River Perak
5-7 Ogos: Program 'Nur Ramadhan' Pos Simpor, Gua Musang Kelantan
9 Ogos: Iftar Ramadhan KOA Batu 16,Gombak Selangor
11-15 Ogos : Program 'Nur Ramadhan' Pos Balar, Gua Musang Kelantan
17 Ogos: Lawatan ziarah keluarga Allahyarham Pak Mat di Pos Bersih, Slim River Perak
17 Ogos: Iftar dan Sumbangan Ramadhan alumni FSKM di UITM Shah Alam
19-21 Ogos :Program 'Nur Ramadhan' Pos Brooke dan Pos Tuel, Gua Musang Kelantan
24 Ogos : Bengkel Kuih Raya Di KOA Batu 16, Gombak Selangor
25-27 Ogos :Program 'Pengagihan Zakat' di Pos Brooke, Gua Musang Kelantan

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutama para sukarelawan YAK yang teribat secara langsung dan tidak langsung. Justeru bersamalah kita menghidupkan hari raya kali ini dengan penuh rasa taqwa hasil dari bulan Ramadhan yang lalu. Sesungguhnya “Dengan Taqwa Lebaran Lebih Bermakna”.

Salam Aidilfitri minal aidil wa faizin dari seluruh  warga Yayasan Al-Khalifah

Sumbangan Ramadhan daripada  alumni FSKM di UITM Shah Alam

Pembuatan Kuih Raya di Pos Balar

Pengagihan barangan sumbangan kepada penduduk Islam Pos Simpor

Pemberian wang zakat kepada penduduk Pos Brooke

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...