PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

06 June 2011

SEMINAR EVOLUSI MINDA - 'Segalanya Bermula Dari Minda Anda'

4 Jun 2011 - Beberapa aktivis Yayasan Al-Khalifah telah mengikuti Seminar Evolusi Minda anjuran Biro Kesihatan ABIM di pejabat ABIM Pusat, Taman Cemerlang baru-baru ini. Seminar selama sehari ini dihadiri oleh pelbagai persatuan dan NGO yang dibentangkan oleh moderator, Mohd Saifullah Alhany B Abd Halim. Seminar kali ini bertujuan mendedahkan peserta akan kaedah pengawalan dan pengurusan kuasa minda dalam kehidupan seharian. Antara modul utama dalam seminar ini adalah 'Teknik Penafasan Terarah' dan 'Meditasi menurut kaedah Islam'. Lain-lain slot adalah Pengenalan Asas Ilmu Kuasa Minda, Ilmu Minda Alpha, Paradigma, Metafizik dan pelbagai Tips Kejayaan dari Sudut Sains Ketuhanan (Islamik).

Peserta juga ditayangkan dengan beberapa tontonan video daripada moderator dan pengasas Evolusi minda , Pn Hajjah Arina Abbas berserta juga  video 'Law of Attraction'. Input daripada kedua-dua tayangan ini amat bagus dalam memberikan kepahaman kepada peserta. Siri kedua seminar ini bakal diadakan pada masa mendatang.

Moderator: Mohd Saifullah Alhany B Abd Halim
'Teknik Penafasan Terarah'
Slot 'Meditasi menurut kaedah Islam'
'Segalanya Bermula Dari Minda Anda'

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...