PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

19 April 2011

PROGRAM ZIARAH MAHABBAH KG ASLI CHINGGUNG,SLIM RIVER PERAK


17 April 2010: Program ziarah dakwah perkampungan asli Kg Chinggung, Slim River Perak kali ini disertai bersama pelajar dari Darul Quran, Kuala Kubu Baru dan pelajar Pusat Dakwah Serantau (Yayasan  Amal) dengan kekuatan jemaah semuanya seramai  14 orang.
Kg Chinggung, Slim River boleh dikatakan kampung asli yang agak moden terutama dari segi infrastruktur rumah dan mudah diakses daripada jalan besar . Ekonomi dan pekerjaan penduduk juga pelbagai kerana kampung ini berhampiran dengan pekan Tanjung Malim.   
Aktiviti kali ini lebih memfokuskan pada ziarah mahabah dan jalinan kemasyarakatan terutama bersama  penduduk Islam yang menjadi minoriti. Aktiviti kenduri turut disediakan oleh sukarelawan wanita bersama penduduk kampung  manakala  sukarelawan  lelaki mengadakan aktiviti modul untuk kanak-kanak dengan penayangan video-video berkaitan Islam dan bacaan-bacaan doa.
Majoriti peserta  program adalah  ‘muka baru’ yang buat pertama kali menyertai program seperti  ini. Justeru, aktiviti seperti ini sekaligus sebagai proses per’tarbiah’an bukan sahaja kepada penduduk kampung malah kepada peserta untuk persediaan menjadi sukarelawan/kader dakwah di masa akan datang. Pihak  yayasan Al-Khalifah akan terus membantu mana-mana badan dan persatuan yang mahu bekerja sama dan turut serta dalam lapangan ini ,sekaligus bersama-sama mengembeling tenaga  menyebarkan syiar Islam di bumi Allah ini. Insya Allah.. 

Pintu masuk ke Kg Chinggung

Aktiviti ziarah mahabbah

Penyediaan makanan kenduri

Sukarelawan bersama kanak-kanak asli Kg Chinggung

3 komen:

NIZA.Ati said...

c0ngrats~

Yayasan Al-Khalifah said...

terima kasih pada yang turut serta,semoga tuhan merahmati usaha kalian.. :)

NIZA.Ati said...

sem0ga akan diberi lagi kesempatan...

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...