17 April 2010: Program ziarah dakwah perkampungan asli Kg Chinggung, Slim River Perak kali ini disertai bersama pelajar dari Darul Quran, Kuala Kubu Baru dan pelajar Pusat Dakwah Serantau (Yayasan Amal) dengan kekuatan jemaah semuanya seramai 14 orang.
Kg Chinggung, Slim River boleh dikatakan kampung asli yang agak moden terutama dari segi infrastruktur rumah dan mudah diakses daripada jalan besar . Ekonomi dan pekerjaan penduduk juga pelbagai kerana kampung ini berhampiran dengan pekan Tanjung Malim.
Aktiviti kali ini lebih memfokuskan pada ziarah mahabah dan jalinan kemasyarakatan terutama bersama penduduk Islam yang menjadi minoriti. Aktiviti kenduri turut disediakan oleh sukarelawan wanita bersama penduduk kampung manakala sukarelawan lelaki mengadakan aktiviti modul untuk kanak-kanak dengan penayangan video-video berkaitan Islam dan bacaan-bacaan doa.
Majoriti peserta program adalah ‘muka baru’ yang buat pertama kali menyertai program seperti ini. Justeru, aktiviti seperti ini sekaligus sebagai proses per’tarbiah’an bukan sahaja kepada penduduk kampung malah kepada peserta untuk persediaan menjadi sukarelawan/kader dakwah di masa akan datang. Pihak yayasan Al-Khalifah akan terus membantu mana-mana badan dan persatuan yang mahu bekerja sama dan turut serta dalam lapangan ini ,sekaligus bersama-sama mengembeling tenaga menyebarkan syiar Islam di bumi Allah ini. Insya Allah..
Pintu masuk ke Kg Chinggung |
Aktiviti ziarah mahabbah |
Penyediaan makanan kenduri |
Sukarelawan bersama kanak-kanak asli Kg Chinggung |
3 komen:
c0ngrats~
terima kasih pada yang turut serta,semoga tuhan merahmati usaha kalian.. :)
sem0ga akan diberi lagi kesempatan...
Post a Comment