Sumbangan dan sukarelawan diperlukan bagi perjalanan Program bahagian unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah. Sumbangan anda boleh mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun
Al-Khalifah Foundation : 564016118396 _____________________________________________________________________

14 April 2011

BENGKEL PEMBUATAN BAJA EM (EFFECTIVE MICROORGANISME) DI POS BROOKE

10 April 2011- Bertempat di kampung asli Jerdip Pos Brooke, Gua Musang Kelantan, Yayasan Al-Khalifah menganjurkan Bengkel Pembuatan Baja EM selama setengah hari kepada penduduk kampung. Tujuannya adalah untuk meningkatkan hasil pendapatan pertanian penduduk kampung dan mengurangkan penggunaan baja kimia di ladang-ladang mereka.

Taklimat dan demonstrasi pembuatan EM oleh saudara Kamal Ali, mendedahkan peserta akan teknik dan cara  pembuatan EM yang betul dan berkesan.

Melalui bengkel pembuatan EM tersebut, penduduk kampung didedahkan dengan 2 jenis kaedah pembuatan EM iaitu EM sayuran/Buah dan EM ikan. Bahan-bahan asas pembuatan EM terdiri daripada hasil tanaman yang tidak boleh digunakan dan mudah didapati di kawasan sekeliling mereka. Jadi, kedua-dua kaedah EM ini merupakan kaedah yang murah, mudah dan efektif yang boleh digunakan oleh penduduk kampung bagi membolehkan poko-pokok, sayur dan buah-buahan membesar dengan lebih cepat ,sihat, bebas  daripada makhluk perosak dan mendapat hasil yang lumayan.

Kemudian, dalam tempoh 35-40 hari dari sekarang, pihak Yayasan akan kembali semula bagi memantau EM yang dihasilkan yang bakal digunakan untuk pertanian mereka. Insya Allah..


Kg Jerdip, Pos Brooke

bahan asas membuat baja EM

Penerangan dan demonstrasi membuat baja EM oleh En Kamal Ali

Pembuatan baja EM dibantu oleh sukarelawan YAK

Larutan baja EM yang telah dicampurkan semua bahan-bahan asasnya.Mengambil masa lebih kurang 40 hari untuk mendapatkan hasilnya.

2 komen:

NIZA.Ati said...

Best!~

Yayasan Al-Khalifah said...

bagus untuk pertanian mereka..dijamin selamat dan halal~ :)

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...