PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

15 January 2011

ZIARAH POS TUEL, POS BER & KG KELAYEK (POS BELAU), GUA MUSANG KELANTAN

8-9 Januari 2011:

Masjid baru Pos Tuel bakal dirasmikan pada Februari 2011
Ziarah ke perkampungan pendalaman Orang Asli  Pos Tuel yang telah nampak kejayaan program dakwah Islamnya kali ini membawa sahabat-sahabat yang pulang bercuti dari Arab Saudi.

Rombongan dibawa melawat kompleks masjid Tuel yang hampir siap dan sempat beramah mesra  dengan penghulu dan beberapa orang penduduk kampung. Dikesempatan itu, rombongan sempat menyampaikan sumbangan pakaian terpakai dan bahan makanan.


Tazkirah di Pos Ber.

Penduduk kampung bekerjasama.

Ternakan ikan Pos Ber.

Bergambar kenangan Pos Ber.


Selepas itu, perjalanan keluar diteruskan dan singgah di Pos Ber untuk bermalam. Sebelah petang diadakan 'cak raya' dan sebelah malam dihidangkan jamuan masakan dalam buluh serta sembahyang berjemaah dengan penduduk kampung dan tazkirah. 5 orang penduduk disyahadahkan.

Keesokan harinya, selepas sarapan pagi mihoon goreng beramai-ramai, rombongan bertolak ke Kg. Kelayek di Pos Blau. Kampung yang tidak pernah dimasuki, tetapi selepas berbincang dengan penduduk, mereka membenarkan program masak dan 'cak raya' dijalankan.

Beberapa orang kaum hawa memberi kerjasama yang baik dengan membantu mengemas dan membasuh pinggan walaupun baru kali pertama berjumpa. Setelah selesai berkemas, jam 4.00 petang, rombongan berangkat pulang dengan membawa harapan dari penduduk kampung supaya datang lagi.

Kampung Kelayek, Pos Blau


0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...