PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

02 December 2010

EKSPLORASI DAKWAH TAMAN NEGARA PAHANG (26-29 NOV 2010)

Peserta konvoi: YAK,MI, dan kelab 4x4 Malaysia
Pada 26 - 29 November 2010, ekspedisi ke Taman Negara Pahang anjuran bersama Yayasan Al-khalifah, Kelab 4x4 Malaysia dan Muhammadiyah International. Ekspedisi mencabar ini melibatkan 8 buah kenderaan pacuan 4 roda membawa sumbangan tajaan syarikat Nestle seperti maggi , milo dan nescafe.

Konvoi bergerak dari Kuala Lumpur selepas solat Asar dan kemudian menuju ke Bandar Jengka untuk bertemu ustaz Ikmal , seorang mualaf baru yang bergiat aktif berdakwah di sekitar Pahang. Pertemuan singkat ini memberikan maklumat berkenaan gerakan dakwah di sekitar Jengka dan perdalaman hutan belantara Jerantut. Destinasi yang bakal dilawati adalah beberapa perkampungan Melayu dan orang Asli yang melibatkan perjalanan ‘offroad’ sejauh lebih kurang 200 KM.

Melewati hutan belantara dinihari selepas pukul 12 malam , konvoi memulakan perjalanan ‘offroad’ melalui pintu masuk Sungai Tekam sambil menyaksikan panorama malam yang sungguh mengasyikkan. Kadangkala terserempak dengan penghuni rimba seperti kijang dan musang yang muncul memberikan keterujaan kepada sang pengembara malam. Akhirnya, selepas subuh dengan perangkaan perjalanan sudah sejauh 110 KM , konvoi sampai ke destinasi pertama, kampung bukit Mat Daling.
Sumbangan untuk kampung Mat Daling
sarapan sebelum meneruskan misi
Kampung Bukit Mat Daling merupakan perkampungan Melayu yang paling perdalaman di semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka agak baik dan tidak lah begitu daif. Kemudahan di sini lengkap dengan perasana seperti sekolah, klinik kesihatan, kedai dan surau. Cuma yang menjadi masalah adalah perhubungan dengan dunia luar kerana kampung ini hanya boleh dilawati melalui jalan sungai dan jalan ‘offroad’. Maka, segala kos kehidupan adalah begitu tinggi untuk ditanggung.

Pada pagi itu, sebilangan peserta konvoi mengambil masa untuk berehat kerana kepenatan perjalanan malam tanpa henti manakala sebilangan lagi peserta membuat ziarah mahabbah. Selepas itu, aktiviti memberikan sumbangan daripada nestle seperti manggi dan milo telah diagihkan kepada penduduk kampung.

Kemudian, selepas makan tengahari kami melakukan aktiviti seterus iaitu kumpulan dari YAK dan MI menuju ke kampung asli pertama iaitu kampung Kucing manakala kumpulan kelab 4x4 Malaysia pergi memburu haiwan untuk bekalan makanan malam tersebut.


pajero tersangkut
bantuan dari kereta 'kuning'
Kenderaan 4wd milik kelab 4x4 Malaysia
misi menyelamat waktu malam
Perjalanan ke kampung Kucing sangat mencabar apabila kami tersangkut sebelum sampai ke destinasi, dek jalan yang begitu teruk akibat jalan tersebut baru ditambak semula. Memandangkan jalan tersebut tidak dapat dilepasi, maka beberapa orang telah berjalan kaki sejauh lebih kurang 1 KM meminta bantuan daripada penduduk kampung.

Akhirnya, setelah berbincang dan mencari jalan penyelesaian, penduduk asli kg Kucing bersetuju meminjamkan 3 buah perahu untuk mengangkut beberapa orang kami yang tersangkut melalui jalan sungai. Alhamdulillah, semua peserta program dan barang sumbangan selamat dibawa ke kampung Kucing melalui jalan sungai.
memindahkan barang sumbangan dari kenderaan ke dalam perahu
perjalanan sungai menuju ke kampung Kucing (kaum semaqberi)

antara peserta konvoi yang hadir untuk misi ke kampung Kucing
Kaum semaqberi , itulah kaum asli yang tinggal di kampung Kucing. Penduduk kampung agak peramah diketuai oleh Tok Batin Aziz dan majoriti penduduk adalah beragama Islam. Kami berada di kampung ini sehingga malam dan membuat aktiviti kenduri makan untuk penduduk kampung. Kemudian, kami pulang semula ke Kampung Mat Daling untuk bermalam di sana.

Tok Batin Aziz Kg Kucing
Keesokkan harinya (Ahad), kami menjalankan misi seterusnya memberikan bantuan dan sumbangan ke kampung-kampung sekitar seperti kampung Sat dan kampung Pagi. Kedua-dua kampung ini adalah perkampungan Melayu. Sumbangan telah diberikan kepada ketua kampung sendiri untuk diagih-agihkan kepada anak buah mereka sendiri kerana kami tiada kesempatan waktu untuk memberikan sendiri kepada mereka setiap rumah.

Akhirnya setelah melalui perjalanan ‘offroad’ sejauh lebih kurang 200 KM , kami berjaya keluar dengan selamatnya ke Kuala Tahan. Di sini , beberapa peserta konvoi telah berpisah kerana esok ada urusan yang perlu dilakukan. Hanya dua kenderaan yang tinggal iaitu kumpulan Yak dan MI untuk meneruskan misi seterusnya keesokkan harinya mencari perkampungan orang asli kaum Batek.

jeti kuala Tahan
bersedia untuk ke kg Yong (orang Batek)
mendaki bukit yang tinggi ke kg Tersek (orang Batek)
Pada hari Isnin, dengan bantuan daripada pemilik Persona Resort, kami meneroka perkampungan orang Asli kaum Batek di dalam Taman Negara . Kampung tersebut adalah kampung Yong dan kampung Tersek yang hanya boleh dituju dengan menaiki perahu melalui jalan sungai . Difahamkan , kaum Batek ini masih lagi hidup secara nomad iaitu mereka hidup berpindah randah dan amat malu dengan orang luar.

sumbangan untuk penduduk kg Yong
penduduk sedang membuat sumpit
rumah baru sedang dibina
sumbangan untuk kg Tersek
beramah mesra bersama penduduk
walaupun perdalaman rimba, talian  henpon masih dapat di sini.. hebat!
Buktinya, sepanjang perjalanan melalui sungai , kelihatan ada beberapa perkampungan orang asli Batek ini yang telah ditinggalkan. Jadi, agak sukar untuk mengira populasi mereka dengan tepat dalam taman Negara ini.

Kemudian, kami menuju dua lagi kampung asli kaum semaqberi iaitu di kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Tekal. Kedua-dua kampung ini mudah dihubungi dengan melalui jalan bertar. Berakhirnya kunjungan kami ke situ, melengkapkan misi ekspedisi kali ini.


sumbangan untuk kg Sg Tiang (kaum Semaqberi)
sumbangan untuk kg Sg Tekal (kaum Semaqberi)

Alhamdulillah, misi eksplorasi perkampungan asli di taman Negara tercapai dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kelab 4x4 Malaysia dan Nestle yang memberikan sumbangan makanan untuk membantu golongan sasaran ini.

Semoga kerjasama yang terjalin sepanjang konvoi memberikan suatu kekuatan ‘ukhwah’ bukan sahaja di kalangan peserta malah bersama penduduk kampong asli. Kerana sesungguhnya “Ukhwah Itu Indah’ apatah lagi ukhwah sesama saudara Se Islam dan Se Malaysia. Wallahualam..

"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG MUKMIN ITU BERSAUDARA!"(AL-HUJARAT:10)


SENARAI KUNJUNGAN KAMPUNG:


Melayu
1.Kg Bukit Mat Daling
2.Kg Sat
3.Kg Pagi


Orang Asli
1.Kg Kucing (Semaqberi)
2.Kg Yong (Batek)
3.Kg Tersek (Batek)
4.Kg Sg Tiang (Semaqberi)
5.Kg Sg Tekal (Semaqberi)

2 komen:

N.I.Z.A.Ati said...

HEBAT!!! teruskan usaha berdakwah.
"ukhwah itu indah" > sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

Yayasan Al-Khalifah said...

TERIMA KASIH...SOKONGAN DARI SEMUA SUKARELAWAN AMAT DIPERLUKANN UNUTK MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM SEPERTI INI..INSYAALLAH..

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...