PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

28 October 2010

PROGRAM GERAK GEMPUR DAKWAH KG KENGKONG POS BROOKE KELANTAN

KG KENGKONG, POS BROOKE, GUA MUSANG KELANTAN - Pada 22-24 Oktober 2010, Yayasan Al-Khalifah buat pertama kalinya mengadakan program dakwah di kampung asli Kengkong yang agak terpencil berbanding kampung asli lain di sekitar pos Brooke. Seramai 8 orang sukarelawan terlibat dalam program dakwah ini daripada latar belakang yang berbeza (semuanya sudah berkerjaya). Berada dalam kawasan Dun Galas, Kampung Kengkong mempunyai 9 buah rumah sahaja dan diketuai oleh Tok Batin Itam B. Pandak. Dengan bersuasanakan perkampungan dalam dusun, kampung ini amat menarik untuk dilawati dan diadakan program kerana keindahannya dan masih mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat asli.

Program dakwah selama 2 hari dan 1 malam ini, bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim bersama orang asli di sini yang majoriti sudah memeluk agama Islam (sebahagian tidak beragama). Ironinya, kampung ini agak terpinggir dari program-program dakwah dan jarang dilawati oleh pihak-pihak berkenaan berbanding kampung di sekitarnya sebelum ini. Kehadiran kami disambut baik oleh mereka dan setiap aktiviti mendapat kerjasama dan sambutan daripada penduduk.

Program bermula pada pagi sabtu (23 Oktober) dengan ketibaan sukarelawan ke kampung tersebut. Beramah mesra dengan Tok Batin untuk mendapat kebenaran membuat program di situ dan kemudian kenduri makan 'cak raya' kepada penduduk kampung. Pelbagai aktiviti dilakukan pada waktu petang seperti modul bersama kanak-kanak seperti permainan congkak, dam dan sebagainya serta aktiviti perhiasan diri wanita yang diketuai oleh ustazah Suhaida .


Di sebelah malam, Tazkirah dan Sembahyang Maghrib berjemaah bersama penduduk kampung diketuai oleh saudara Azhar. Kemudian, kenduri makan bersama penduduk kampung .

Pada pagi hari Ahad (24 Oktober), selepas sarapan pagi, diadakan kelas memasak yang diketuai oleh ustazah Suhaida. Menu yang diajar adalah kaedah pembuatan kuih karipap kepada penduduk. Respon daripada kaum ibu sangat baik dan mereka bersemangat belajar kerana juadah kuih begini tidak pernah dilaksanakan oleh mereka. Justeru, ia suatu input baru kepada mereka. Disamping itu, Ustazah Suhaida mengambil kesempatan bersama mereka dengan mengajar sedikit ilmu Fardhu Ain kepada para ibu semasa aktiviti memasak ini. Manakala,sebahagian sukarelawan membuat modul bersama kanak-kanak seperti mengajar melukis ,mewarna dan membuat origami daripada kertas.

Selepas jamuan tengahari, diadakan 'majlis pengislaman' beberapa penduduk di situ yang berminat masuk Islam. Seramai 4 orang asli selamat di'syahadah'kan pada program kali ini. Program berakhir selepas para sukarelawan ziarah 'wida' dan memberikan barangan/pakaian terpakai dan sumbangan makanan kepada setiap rumah penduduk kampung.


Alhamdulillah, misi program kali ini tercapai kerana berjaya memartabatkan agama Islam di hutan belantara. Sukarelawan dan penduduk amat seronok dalam program kali ini. Pada masa-masa mendatang, pihak yayasan bercadang membuat susulan ke  kampung ini setiap bulan. Semoga kami tergolong dalam golongan istiqamah dalam memperjuangkan Islam di bumi Allah ini. Wassalam..



Tok batin dan isterinya


Jamuan  'cak raya'


modul bersama kanak-kanak




kelas memasak




perbincangan bersama penduduk




pengislaman penduduk


tazkirah dan solat berjemaah

1 komen:

mFaiz said...

tampak hebat nama prog ini
tahniah kpd penganjur

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...