PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

12 August 2010

IHYA RAMADHAN POS BROOKE GUA MUSANG KELANTAN


POS BROOKE, GUA MUSANG KELANTAN

Pos Brooke terletak dalam tanah jajahan Gua Musang Kelantan dan berhampiran dengan Cameroon Highland Pahang. Pos Brooke mengandungi 18 kampung Orang Asli suku kaum Temiar dan dikategorikan sebagai perkampungan pendalaman. Jumlah penduduk di Pos Brooke lebih kurang seramai 2000 orang dan kebanyakan bekerja mencari rezeki dengan mencari hasil hutan serta juga bekerja ladang sayur-sayuran di Lojing dan Cameron Highland.

Kebanyakan penduduk Pos Brooke baru sahaja memeluk Islam dalam beberapa tahun yang lepas. Kemuncak pengislaman mereka secara beramai-ramai adalah pada tahun 2008. Sekarang ini, di Pos Brooke terdapat lebih kurang 60% penduduk telah memeluk Islam, manakala baki 40% masih menganut kepercayaan nenek moyang mereka. Beberapa program telah dijalankan untuk mereka seperti Kursus Islam Saudara Baru, program Hari Raya Puasa dan Raya Qurban, program baktisiswa pelajar universiti serta lawatan muhibbah berkala dan banyak lagi.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, penduduk kampung yang beragama Islam berhasrat untuk merasai suasana kemeriahan puasa di bulan Ramadhan dengan mengadakan program berbuka puasa dan Terawikh selama sebulan di tempat mereka., Atas dasar itu, pihak yayasan mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Perkim untuk mengadakan program di perkampungan asli ini agar dapat melatih mereka menunaikan puasa di bulan Ramadhan dan ibadat-ibadat yang lain seperti Solat Tarawih berjema’ah, tadarus al-Quran, bersahur dan berzikir.

Pusat utama untuk pengagihan makanan berbuka puasa dan aktiviti Ihya Ramadhan akan diadakan di kampung Jerdip. Manakala kawasan yang lebih jauh ke pedalamanan, pembahagian bantuan sumber makanan mentah akan diberi dan diuruskan oleh mereka sendiri. Agar, Nur Ramadhan kali ini memberikan seribu satu makna yang sangat bererti kepada mereka.InsyaAllah..

HUBUNGI

Jika ada individu atau organisasi lain berminat untuk terlibat sama dalam program tersebut boleh hubungi terus ke En Shamsulmuddin (0142295012). Sumbangan bantuan bahan mentah makanan amat dialu-alukan.

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...