Pengenalan
Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, satu program berbentuk penghayatan aspek-aspek aktiviti harian dalam agama Islam seperti sembahyang, puasa dan fardhu ain dirancang dilaksanakan oleh pihak yayasan untuk orang asli yang baru sahaja memeluk Islam.
Objektif
Tujuan diadakan program sebegini adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan mualaf yang baru memeluk Islam untuk mengalami keadaan sebenar dalam masyarakat Islam lain aktiviti-aktiviti harian terutamanya didalam bulan puasa. Program juga dijalankan dalam bentuk santai kekeluargaan dengan matlamat supaya kefahaman agama perlu di terapkan kepada induk asas sesebuah keluarga. Pengisian program terutama semasa bulan puasa boleh dirancang seperti majlis berbuka puasa dan majlis-majlis ilmu di tempat lain.
Hubungi
Jika ada individu atau organisasi berminat untuk terlibat sama dalam program tersebut boleh hubungi terus ke En Shamsulmuddin (0142295012). Sumbangan bantuan bahan mentah makanan amat dialu-alukan.
0 komen:
Post a Comment