PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

26 July 2010

PROGRAM ISRA' MIKRAJ DI KOA LUBUK LEGONG BALING KEDAH

Sempena hari memperingati peristiwa “Israk Mikraj” Nabi Muhammad S.A.W pada tahun ini, Yayasan Al-Khalifah dengan kerjasama Pejabat Daerah Baling dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Baling telah mengadakan program sempena memperingati peristiwa tersebut di Kampung Orang Asli Lubuk Legong Baling, Kedah Darul Aman pada 9- 11 Julai 2010.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk penduduk kampung antaranya fiesta Hari Keluarga, tazkirah isra mikraj, ceramah bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan seminar bersama ANGKASA dan INSTUN. Objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung dan memberikan ilmu pengetahuan baharu akan hubungan dunia sains dan Islam.

Apa yang menarik, aktiviti dan pameran yang dijalankan oleh pihak agensi ANGKASA adalah berkaitan ‘angkasa’ sebagai simbolik kewajaran peristiwa perjalanan satu malam yang dialami oleh Rasullulah S.A.W seperti demonstrasi pelancaran roket air, mencerap bulan, bintang dan cakerawala dan tayangan video berkaitan sistem cakerawala ini. Ternyata seminar itu merupakan suatu pengetahuan yang baru dan bermakna kepada kalangan orang asli. Sambutan dari penduduk kampung juga amat baik terutama daripada kanak-kanak dan ibu bapa.

Program kali ini juga disertai oleh sukarelawan dari politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis. Tentatif program seperti berikut:
TENTATIF PROGRAM ISRA’ MIKRAJ KG LUBUK LEGONG, BALING

10 JULAI 2010, SABTU

Festival Hari Keluarga (08.00 am hingga 06.00 pm)
08.00 am : Ketibaan dan pendaftaran para peserta
08.30 am : Senamrobik semua urusetia dan para peserta
09.00 am : Sukaneka kanak-kanak I
10.30 am : Sukaneka kanak-kanak II
                 Sukaneka Dewasa lelaki dan Perempuan
                 Pertandingan Gubahan dan Anyaman dll
01.00 pm : Makan tengahari dan Solat Zuhur Berjemaah
02.30 pm : Slot Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan- AADK Baling
                  Ceramah  : Pencegahan Penyalahgunaan Dadah
03.30 pm : Majlis perasmian Sambutan Isra’ Mikraj
04.00 pm : Slot Bersama ANGKASA, MOSTI
                 -Upacara pelancaran roket
                 -Pencerapan cakerawala
                 -Pameran ANGKASA
05.00 pm : Penyampaian Hadiah untuk Festival Hari Keluarga
06.00 pm : Makan Malam
07.30 pm : Solat Maghrib Berjemaah.
Tazkirah: “Keajaiban Peristiwa Isra’ Mikraj”
                 - Penceramah undangan.
08.30 pm : Solat Isya’ Berjemaah.
09.00 pm : Ceramah ANGKASA - “ Mengangkasakan masyarakat Malaysia ”
                 -Tayangan video dan filem
11.00 pm : Pencerapan bintang dan Cakerawala waktu malam.
12.00 pm : Bersurai.

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...