PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

10 February 2022

𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗞𝗛𝗔𝗟𝗜𝗙𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟭


𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 (𝗬𝗔𝗞) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non-Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006. 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗔𝘀𝗹𝗶 (𝗣𝗣𝗗𝗢𝗔) adalah unit khas fokus dalam melaksanakan program dakwah Orang Asli seluruh negara.

𝗥𝗨𝗠𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗣𝗗𝗢𝗔- 𝗬𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟭:

OA – ‘ORANG ASLI’

1. Program YAK sepanjang tahun 2021: 113 program

2. Program melibatkan Kampung OA: ± 100 buah

3. Kerjasama dengan agensi/kelab/NGO: ± 20 agensi

4. Program melibatkan sukarelawan luar: ± 100 orang

5. Penglibatan suku kaum OA: 10 suku kaum 

6. Pengislaman (kerjasama dengan agensi agama &      NGO): 15 saudara baru Orang Asli


𝗝𝗔𝗗𝗨𝗔𝗟 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗟𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 (𝗞𝗟𝗜𝗞 𝗟𝗜𝗡𝗞):

https://www.facebook.com/286491081465388/posts/4987883511326098/

--------------------------------

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 ‘𝗜𝗠𝗣𝗔𝗞’ 𝗣𝗣𝗗𝗢𝗔- 𝗬𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟭 

𝟭. 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗥𝗔𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 & 𝗞𝗘𝗥𝗢𝗛𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗚 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟭

i) MADRASAH DARUL SALAM, KG OA BERSAH, POS KUALA MU, SG SIPUT UTARA, PERAK

- Naik taraf status Surau Diri Jumaat (SDJ) bagi Pos Kuala Mu (dalam proses rasmi).

- Menaja jamuan makan solat Jumaat RM300 setiap minggu.

- Aktiviti kelas Fardhu Ain dengan tajaan RM500 sebulan. 

- Sebagai pusat perkembangan dan penyelarasan program keagamaan sejak 2015 di Pos Kuala Mu dan perkampungan sekitar.

- Kos pembinaan ± RM250K.

ii) SURAU KG OA SG DUA, PULAU KETAM, PELABUHAN KLANG, SELANGOR

-  Satu-satunya surau dibina YAK di samudera Selat Melaka.

- Jarak perjalanan bot dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam selama 1 jam.

- Kos anggaran ± RM70K dan bangunan utama siap pada tahun 2021.

- Konsep tradisional dan minimalis.

iii) BALAI ILMU POS BELATIM, G MUSANG, KELANTAN

-  Projek masih dalam pembinaan dengan konsep tradisional.

-  Kos anggaran ± RM30K.

iv) SURAU KG OA LAMBOK, K BETIS, G MUSANG, KELANTAN 

- Pembangunan bangunan tambahan dengan kos ± RM10K iaitu dewan dapur, tandas dan stor.

v) SURAU POS TITOM, KUALA LIPIS, PAHANG

- Projek ‘surau batu’ usahasama Daie Belantara Lipis.

- Dana YAK ± RM25K.

vi) SURAU KG OA SIMPANG GENING, POS LENJANG, PAHANG

- Projek ‘surau papan’ usahasama Daie Belantara Lipis.

- Dana YAK ± RM5K.

𝟮. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟭

Penglibatan YAK dengan pengislaman 15 saudara baru Orang Asli di dalam program, dengan kerjasama rakan sinergi dakwah OA seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri & NGO.

   Perak – 7 saudara baru OA

   Selangor - 8 saudara baru OA

𝟯. 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗 𝟭𝟵

- Penularan wabak Covid 19 melanda dunia dan negara Malaysia berlanjutan sehingga 2021.

- Kebenaran misi dengan permit PDRM/ MKN bagi melangkaui sempadan negeri.

- Jumlah sumbangan Bakul Makanan bernilai antara RM30-RM100 per keluarga.

- Sumbangan disampaikan pada lebih 2,000 keluarga. 

- Agihan turut diserahkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Khas Orang Asli.

𝟰. 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗚𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 & 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟭

- IHRAM Project 2021 (Projek Ihya Ramadhan bersama OA) selama tempoh 1 bulan (April-Mei).

- Dikenali juga sebagai Misi bantuan ‘Ihsan Ramadhan Covid 19’

- Sumbangan terkumpul berbentuk tunai & fizikal barang dinilaikan sebanyak RM 80K ±.

- Program bersama komuniti OA setiap negeri seluruh negara, membantu lebih kurang 100 ± buah kampung OA terdiri dari 6 suku kaum Orang Asli.

- Seramai 1,500 keluarga OA mendapat manfaat & penglibatan 60 sukarelawan.

𝟱. 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗚𝗔 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟭

- Lokasi Qurban KOA di 2 negeri dengan kerjasama agensi agama negeri:

i) Selangor- Pulau Carey, Pulau Indah, Pulau Ketam.

ii) Perak- Pos Kuala Mu, Kg Keeb, Kg Kuala Chenein.  

𝟲. 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟭

Penglibatan 50 orang kanak-kanak dan dewasa dalam program khatan yang berpusat di Masjid Bawong, Sg Siput, Perak anjuran gabungan PAID Kuala Kangsar & NGO.

𝟳. 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟭

- Memberi bantuan kemanusiaan kepada negeri- negeri banjir pada awal dan hujung tahun 2021.

- Negeri terlibat adalah Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan.

- Bantuan dari segi ‘pek bantuan banjir’, pekakas rumah, serta pelbagai untuk manfaat pasca banjir dengan nilaian bantuan lebih RM30K ± dengan kerjasama NGO-NGO lain.

𝟴. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭𝟬 𝗦𝗨𝗞𝗨 𝗞𝗔𝗨𝗠 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜

Sepanjang tahun 2021, YAK telah berprogram bersama 10 dari 18 suku kaum Orang Asli iaitu Temiar, Semai, Jakun, Temuan, Bateq, Jahai, Seletar, Mendriq, Semelai, Mahmeri.

𝟵. 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗠𝗣𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟭

   TV1 - Persada Jurnal & Berita Wilayah

_______________________

𝗝𝗢𝗠 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔𝗔𝗡 & 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗞𝗛𝗔𝗟𝗜𝗙𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮! 

Sumbangan zakat/infaq/material dan perkara bermanfaat diperlukan dalam menjalankan misi mingguan kami sepanjang tahun ke perkampungan Orang Asli di pedalaman/samudera..

Sumbangan boleh disalurkan kepada:

𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞 : 𝟱𝟲𝟰𝟬 𝟭𝟲𝟭𝟭 𝟴𝟯𝟵𝟲 (𝗔𝗹-𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗙𝗼𝘂𝗻𝗱𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻)

*𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗡𝗼𝘁𝗮: '𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗔𝘀𝗹𝗶'

Maklumkan salinan transaksi kepada Penyelaras Projek Orang Asli, Azhar di talian +6 011- 1131 7842 atau klik wassap.my/601111317842/orangasli sebagai dokumentasi..

 Syukran jazilan... 🙂

'Merentas Belantara, Merintis Jalan Ke Syurga'

Salam perjuangan,

Yayasan Al-Khalifah









Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...