PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

19 January 2012

XPDC DAKWAH 'MONSUN TRAIL' POS BALAR

Ekspedisi 'monsun trail' dakwah perdalaman Pos Balar Gua Musang (Jalinan Mesra Integrasi Asli), 23-27 Disember 2011 yang lalu mendapat kerjasama dari pelbagai pihak seperti Yayasan Al-Khalifah, Muhammadiyah International Malaysia dan Muhammadiyah International Thailand, Prihatin Malaysia, kelab 4x4 Perlis dan 4x4 Malaysia.

Perjalanan yang mencabar dengan hujan sepanjang perjalanan, bermalam 2 kali di tengah hutan belantara semasa pergi dan balik dengan perjalanan yang memakan masa selama 16 jam tanpa henti memberi sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh sukarelawan. Dengan semangat kental dan kesabaran yang tinggi ditunjukkan oleh para peserta akhirnya sampai ke destinasi yang diimpikan iaitu pos Balar.

Kunjungan rombongan program dakwah ini pada musim tengkujuh yang berkebetulan dengan sambutan perayaan besar agama lain bertujuan untuk mendampingi masyarakat asli yang baru menganut agama Islam bagi memelihara akidah mereka daripada turut terlibat dengan aktiviti pihak lain.

Ironinya, kesan pengajaran dari program kembara kali  ini boleh diumpamakan dengan metod dakwah dari kisah Nabi Musa A.S dalam misi dakwah kepada kaum Firaun dimana ia dilakukan pada hari perayaan bangsa tersebut. Sehinggakan ramai manusia pengikut Firaun pada masa itu bertukar beriman kepada Allah S.W.T. (peristiwa mukjizat: tongkat menjadi ular).(Taha:20:56-73)

Nabi Musa menjawab: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha".(Taha:20:59) 

Di sini, kita mahu menekankan bahawa bukan mukjizat tongkat menjadi ular itu sebagai sandaran, tetapi definisi 'perayaan' itu yang seharusnya diambil beratkan.  Waktu dan ruangan masa tersebut adalah detik yang terbaik bagi para pendakwah jika berkemampuan untuk menyelitkan elemen dan menyebarkan risalah dakwah Islamiyah kepada mereka seperti mana kita mengambil contoh dan teladan daripada kisah nabi Musa tersebut.

Justeru, hikmah yang boleh diambil daripada program kali ini antaranya menguji kesabaran mental dan fizikal, mengisi ruang dakwah yang dikosongkan dan berkesempatan membantu pada masa diperlukan di mana musim tengkujuh ini adalah detik yang agak genting bagi mereka pabila tiada peniaga luar masuk untuk menjual barangan harian dan hasil tanaman tidak boleh diusahakan pada waktu itu.

Jadi sumbangan yang dibawa dan dihulurkan kepada mereka hasil sumbangan saudara-saudara seIslam di luar sana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka pada musim tengkujuh ini. 

Semoga ukhwah dan kerjasama daripada pelbagai pihak ini berpanjangan dalam menjalankan misi-misi dakwah di perdalaman perkampungan orang asli di Malaysia. InsyaAllah.













Gambar perjalanan yang mengkagumkan!















15 January 2012

SUMBANGAN ANDA MENDAPAT RESIT PENGECUALIAN CUKAI




Setiap tahun, syarikat, agensi korporat dan perseorangan yang berpendapatan lebih dari kadar dinisabkan untuk pembayaran cukai (rujuk pada website LHDN), perlu menghantar borang takfiran cukai pendapatan kepada kerajaan LHDN.

Justeru, sebagai badan bukan kerajaan (NGO), sumbangan yang disalurkan kepada Yayasan Al-Khalifah @ Al-Khalifah Foundation boleh mendapat pengecualian cukai. 

Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 No warta:18667.

Melalui sumbangan orang ramai dan juga korporat, pelbagai program telah dijalankan oleh Yayasan Al-Khalifah terutamanya kepada golongan terpinggir dan minoriti di Malaysia seperti 'Orang Asli', anak-anak yatim, fakir miskin, warga pelarian, rohingya dan mangsa bencana di dalam dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut tentang Program Kemanusiaan & Dakwah Orang Asli, 
hubungi En. Azhar : +60 11-1131 7842

Cara Sumbangan:

  • Melalui bank Maybank:
 

MAYBANK : 5640 1611 8396 (AL-KHALIFAH FOUNDATION)

Kemudian,

Maklumkan salinan bukti transaksi secara whatsapp kepada:   

En. Azhar: +60 11-1131 7842

_________________

Untuk pengeluaran resit pengecualian cukai (bagi yang memohon), detail diperlukan adalah seperti di bawah:

Jika INDIVIDU:

1. Nama Penuh
2. No Kad Pengenalan
3. Alamat Pengeposan

Jika SYARIKAT:

1. Nama Syarikat
2. No Pendaftaran Syarikat
3. Alamat Pengeposan

Kemudian, Resit Pengecualian Cukai akan dihantar pos ke alamat tuan/puan.

Syukran akan sumbangan diberikan. Didoakan semoga segala kebaikan dan limpahan rezeki digandakan oleh Allah S.W.T kepada para penyumbang yang budiman. 

Sekian, Terima Kasih.


01 January 2012

PROGRAM ZIARAH DAKWAH KG KUALA LAH (SUKU KAUM MENDRIQ) G. MUSANG KELANTAN

16-18 Dis 2011: Sekumpulan sukarelawan Yayasan Al-Khalifah dengan kerjasama Ustazah Zainon (JAKIM) telah membuat kunjungan ziarah dakwah ke kampung satu-satunya dihuni oleh suku kaum Mendriq di  Malaysia yang terletak di kg Kuala Lah,Gua Musang Kelantan.


Kumpulan etnik Mendriq menghuni di sekitar hulu sungai Kuala Lah, jajahan Gua Musang, Kelantan. Seperti Jahai, ciri fizikal orang Mendriq lebih mirip kepada rupa paras orang Negrito lain di kepulauan Andaman, Filipina dan Selatan Thai. Tubuh mereka kecil tetapi tegap dan sasa. 

Mereka dikatakan sebagai kaum dari tinggalan zaman paleolitik (zaman batu lama) yang mengunjur dari Semenanjung ke Pasifik. Bahasa suku kaum Mendriq ialah Austraossiatik. Mereka tergolong sebagai penutur kumpulan etnik Mon-Khmer tetapi kini telah banyak menerima kemasukan kosa kata Melayu.


Dengan jumlah penduduk sebanyak lebih kurang 300 orang, sambutan yang diberikan terhadap program yang dijalankan amat menggalakkan. Pelbagai aktiviti diadakan untuk mereka seperti sukaneka kanak-kanak dan dewasa, kelas membuat kuih, kuliah asas fardhu ain, ziarah mahabah, sumbangan pakaian serta sumbangan barangan kepada semua penduduk kampung.


Walaupun program dilakukan dalam waktu yang singkat iaitu hanya selama 2 hari, tetapi keramahan dan penerimaan mereka sangat baik. Mereka berharap program sebegini dapat diteruskan untuk masa-masa mendatang. InsyaAllah! 


Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...