Jumaat, 4 Feb 2011;
Jemputan kenduri kahwin seorang bekas pelajar Asrama Darul Falah (PERKIM) di Pulau Carey, Banting, Selangor disambut meriah. Berkunjung dengan rombongan YAK seramai 9 orang bersama 40 pelajar-pelajar ASDAF disambut mesra oleh pasangan pengantin dan keluarga. Pengantin perempuan dari suku kaum Mah-meri dan suaminya kaum Semai dari Tapah, Perak. Perkahwinan silang budaya, disatukan dalam majlis akad-nikah Islam berbudayakan tradisi Melayu 1 Malaysia. Begitulah keindahan Islam. Dengan Islam sajalah keharmonian kaum dapat dipupuk dan penyeragaman budaya diperindahkan. Ramai juga jiran dari keturunan Melayu dan Jawa yang kelihatan bersama dalam majlis ini.
Selepas jamuan, rombongan YAK dibawa melawat kampung-kampung di Pulau Carey (Kg Judah dan Kg Sg. Kurau) ditemani seorang remaja lelaki Mah-meri yang belajar di IDIP, Pengkalan Chepa, Kelantan yang kebetulan pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina. Rombongan berkesempatan mengunjungi dan beramah mesra dengan sebuah keluarga bukan Islam yang boleh menjadi asas untuk kunjungan seterusnya.
Pengantin bersanding.
Sebahagian Hantaran.
Jamuan Pengantin.
Rombongan YAK dan ASDAF menjamu selera.
Simbolik/Adat majlis; Baling duit siling.
0 komen:
Post a Comment