PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

17 January 2021

LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI YANG DIJALANKAN NGO YAYASAN AL-KHALIFAH SEPANJANG TAHUN 2020



 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗞𝗛𝗔𝗟𝗜𝗙𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟬

Yayasan Al-Khalifah (YAK) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non-Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006. Unit Program Pembangunan Dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) adalah unit khas fokus dalam melaksanakan program dakwah dan kemanusiaan Orang Asli seluruh negara.
𝗥𝗨𝗠𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗣𝗗𝗢𝗔- 𝗬𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟬:
OA- ‘Orang Asli’
1. Program YAK sepanjang tahun 2020: 92 program
2. Program melibatkan Kampung OA: ± 100 buah
3. Kerjasama dengan agensi/kelab/NGO: ± 25 agensi
4. Program melibatkan sukarelawan luar: ± 100 orang
5. Penglibatan suku kaum OA: 8 suku kaum
6. Pengislaman (kerjasama dengan agensi agama & NGO): 35 saudara baru Orang Asli

𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗞 (𝗞𝗟𝗜𝗞 𝗟𝗜𝗡𝗞): https://www.facebook.com/286491081465388/posts/3815498185231309/

𝗝𝗔𝗗𝗨𝗔𝗟 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗟𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 (𝗞𝗟𝗜𝗞 𝗟𝗜𝗡𝗞): https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/posts/3809862152461579

---------------------

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 ‘𝗜𝗠𝗣𝗔𝗞’ 𝗬𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟬:
𝟭. 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗥𝗔𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 & 𝗞𝗘𝗥𝗢𝗛𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗞𝗚 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟬
i) SURAU KG OA SG DUA, PULAU KETAM, PELABUHAN KLANG, SELANGOR
- Binaan surau terbaru dibina pada tahun 2020 di Pulau Ketam, dengan jarak perjalanan bot dari Pelabuhan Klang selama 1 jam.
- Bajet anggaran RM50,000 dengan konsep tradisional + minimalis.
- Dibina secara gotong royong aktivis dan sukarelawan YAK serta bantuan penduduk OA tempatan.
- Suku kaum Mahmeri.
ii) MADRASAH DARUL SALAM, KG OA BERSAH, POS KUALA MU, SG SIPUT UTARA, PERAK
- Bantuan pengurusan surau dan Kelas Fardhu Ain sebanyak RM10K setahun.
- Dibina YAK sejak tahun 2015 dengan konsep bangunan moden.
- Sebagai pusat perkembangan dan penyelarasan program keagamaan di Pos Kuala Mu dan perkampungan sekitar.
- Suku kaum Temiar
iii) SURAU POS TITOM, KUALA LIPIS, PAHANG
- Projek surau dengan kerjasama Daie Belantara Lipis.
- Pembangunan bangunan surau dengan bajet melebihi RM40K (bahan binaan batu).
- Surau yang pertama seumpamanya di Pos Titom dan siap pada tahun 2020.
- Suku kaum Semai.
iv) SURAU KG OA LAMBOK, K. BETIS, G MUSANG, KELANTAN
- Pembangunan bangunan tambahan pada tahun 2020 iaitu dewan dapur, tandas dan stor.
- Dibina YAK pada tahun 2017 dengan konsep tradisional.
- Suku kaum Temiar.
v). SURAU KG OA KUALA SUMA, POS BIHAI, G MUSANG, KELANTAN
- Pusat program perdana ibadah Qurban YAK dan Solat Aidiladha bagi tahun 2020.
- Dibina YAK pada tahun 2019 dengan konsep tradisional.
- Suku kaum Temiar.
𝟮. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟬
Alhamdulillah, penglibatan YAK dengan pengislaman 35 saudara baru Orang Asli di dalam program, dengan kerjasama rakan sinergi dakwah OA seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri & NGO.
Pahang – 17 saudara baru OA
Selangor - 16 saudara baru OA
Kelantan – 2 saudara baru OA
𝟯. 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗 𝟭𝟵
- Tercetus selepas penularan wabak Covid 19 melanda dunia dan negara Malaysia.
- PKP/PKPB/PKPP bermula Mac - Disember 2020.
- Jumlah sumbangan Bakul Makanan bernilai RM50-RM100 per keluarga.
- Sumbangan disampaikan pada lebih 3,000 keluarga.
- Sumbangan PPE juga disalurkan kepada bahagian kesihatan hospital dan klinik kesihatan.
𝟰. 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗚𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 & 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟬
- Dikenali sebagai IHRAM Project 2020 (Projek Ihya Ramadhan bersama OA) selama tempoh 1½ bulan (April-Mei).
- Sumbangan terkumpul berbentuk tunai & fizikal barang dinilaikan sebanyak RM 60K ±.
- Program bersama komuniti OA setiap negeri seluruh negara, membantu lebih kurang 53 buah kampung OA terdiri dari 5 suku kaum Orang Asli.
- Seramai 1500 keluarga OA mendapat manfaat & penglibatan 50 sukarelawan.
- Misi Raya Belantara dilaksanakan sepanjang Syawal.
- Pengimarahan 1 Syawal diadakan dengan Solat Aidilfitri di Pos Belatim.
𝟱. 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗚𝗔 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟬
- Dikenali sebagai Kembara Qurban YAK 2020
- 2 lokasi Qurban pedalaman di Semenanjung Malaysia dengan kerjasama agensi agama negeri, MSUA, MDS
i) Pos Bihai, Kelantan- 6 ekor lembu
ii) Pos Kuala Mu, Perak- 3 ekor lembu
𝟲. 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟬
Penglibatan 38 orang kanak-kanak dan 9 dewasa orang Asli dalam program khatan yang berpusat di Masjid Bawong, Sg Siput, Perak anjuran gabungan 15 NGO Perak.
𝟳. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟴 𝗦𝗨𝗞𝗨 𝗞𝗔𝗨𝗠 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜
Sepanjang tahun 2020 YAK telah berprogram bersama 8 dari 18 suku kaum Orang Asli iaitu Temiar, Semai, Jakun, Temuan, Bateq, Jahai, Lanoh & Mahmeri.
_______________________
𝗝𝗢𝗠 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔𝗔𝗡 & 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗞𝗛𝗔𝗟𝗜𝗙𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟭!
Sumbangan zakat/infaq/material dan perkara bermanfaat diperlukan dalam menjalankan misi mingguan kami sepanjang tahun ke perkampungan Orang Asli di pedalaman/samudera..
Sumbangan boleh disalurkan kepada:
𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞 : 𝟱𝟲𝟰𝟬 𝟭𝟲𝟭𝟭 𝟴𝟯𝟵𝟲 (𝗔𝗹-𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗙𝗼𝘂𝗻𝗱𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻)
*𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗡𝗼𝘁𝗮: '𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗔𝘀𝗹𝗶'
Maklumkan salinan transaksi kepada Penyelaras Projek Orang Asli, Azhar di talian +6 011- 1131 7842 atau klik wassap.my/601111317842/orangasli sebagai dokumentasi..
Syukran jazilan... 🙂
'Merentas Belantara, Merintis Jalan Ke Syurga'
Salam perjuangan,
Yayasan Al-Khalifah


























0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...