PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

26 February 2020

LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI YANG DIJALANKAN NGO YAYASAN AL-KHALIFAH SEPANJANG TAHUN 2019

LAPORAN PENUH PROGRAM YAYASAN AL-KHALIFAH 2019
Yayasan Al-Khalifah (YAK) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006 fokus dalam melaksanakan misi kemanusiaan & dakwah kepada Komuniti Orang Asli Malaysia.
RUMUSAN PROGRAM YAK 2019:
OA- ‘Orang Asli’
1. Program YAK sepanjang tahun 2019: 100 program
2. Program melibatkan Kampung OA: ± 100 buah
3. Kerjasama dengan agensi/kelab/NGO: ± 20 agensi
4. Program melibatkan sukarelawan luar: ± 200 orang
5. Penglibatan suku kaum OA: 13 suku kaum
6. Pengislaman (kerjasama dengan agensi agama & NGO): 65 saudara baru Orang Asli
PROGRAM ‘IMPAK’ YAK 2019:
1. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR & KEROHANIAN SURAU KG ORANG ASLI 2019
i) MADRASAH DARUL SALAM, KG BERSAH, POS KUALA MU, SG SIPUT UTARA, PERAK
- Perlantikan tahunan imam, bilal, pengurusan OA bertugas dengan menaja RM800 sebulan.
- Aktiviti Kelas Fardhu Ain ‘Sayyid Khalifah’ selama setahun dengan menaja RM400 sebulan.
- Aktiviti imarah bulan Ramadhan selama sebulan
ii) SURAU POS TITOM, KUALA LIPIS, PAHANG
- Pembangunan bangunan surau baru fasa 1 dengan dana awam sebanyak RM25K (bahan binaan batu)
- Projek bermula November 2019 dengan kerjasama Daie Belantara Lipis dibuat secara bergotong royong
- Surau yang pertama seumpamanya di Pos Titom
iii) SURAU KG KUALA SUMA, POS BIHAI, G MUSANG, KELANTAN
-Pembangunan surau secara tradisional (bahan binaan buluh) dengan kos RM15K
- Projek bermula Januari 2019 dengan dibekalkan tenaga solar sebagai sumber elektrik.
-Dibina secara bergotong royong sukarelawan YAK
iv) SURAU KG LAMBOK, K BETIS, G MUSANG, KELANTAN
- Pembinaan projek bekalan Sistem Air Bersih Terawat Safewhere bernilai RM70K kerjasama IMARET dan ditaja penuh oleh Bank Simpanan Nasional.
- Bayaran bil elektrik RM600 setahun
v) RUMAH TRANSIT DAIE KG BAWEK, K BETIS, G MUSANG, KELANTAN
-Ubahsuai bangunan rumah sebagai rumah singgah daie dengan kos RM2K
2. PENGISLAMAN 2019
- Pengislaman 65 saudara baru Orang Asli dengan kerjasama rakan sinergi dakwah OA seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri & NGO terutama di negeri Kelantan, Pahang dan Perak.
3. PROGRAM MEGA RAMADHAN & SYAWAL 2019
- Dikenali sebagai IHRAM Project 2019 (Projek Ihya Ramadhan bersama OA) selama tempoh 1½ bulan (April-Mei).
- Sumbangan terkumpul berbentuk tunai & fizikal barang dinilaikan sebanyak RM 40K ±.
- Program bersama komuniti OA setiap negeri seluruh negara, membantu lebih kurang 55 buah kampung OA terdiri dari 11 suku kaum Orang Asli.
- Seramai 1500 keluarga OA mendapat manfaat & penglibatan 100 sukarelawan.
4. SEMINAR DAKWAH ORANG ASLI @ NEGERI/ KEBANGSAAN 2019
-Menghadiri jemputan mesyuarat Penyelarasan Dakwah Orang Asli MAIK,Persidangan Majlis Tindakan Dakwah YADIM, Program Hi Tea Saudara Baru JHEAINS, Multaqa Ulama Asia Tenggara
5. PROGRAM MEGA QURBAN 2019
- Dikenali sebagai Qurban X-Treme YAK 2019 pada 10-13 Ogos 2019.
- 3 lokasi Qurban pedalaman di Semenanjung Malaysia dengan kerjasama agensi agama negeri, MSUA,IKTBN:
i) Pos Lenjang, Pahang: 3 lembu
ii) Pos Kuala Mu, Perak; 2 lembu
iii) Kuala Betis, Kelantan: 35 lembu
6. PROGRAM KEMANUSIAAN DAKWAH BORNEO & PULAU TERJAUH SEMENANJUNG 2019
Borneo (Sabah):
- Program kemanusiaan, dakwah dan perubatan ‘Eksplorasi Borneo 5.0’ bersama komuniti suku Bajau Laut di pulau-pulau perairan daerah Semporna Sabah pada bulan April 2019 bersama Insan Selangor.
- Pulau terlibat: Pulau Mabul, Pulau Denawan, Pulau Si Amil, Pulau Omadal, Pulau Sebatik.
Borneo (Sarawak):
Misi kemanusiaan dan kebajikan bulan Julai 2019 ke pedalaman Long Busang, Belaga,Kapit Sarawak bersama MEDICOM (suku kaum Kenyah)
Pulau Terjauh Semenanjung:
- Program kemanusiaan ke lokasi pulau berpenduduk paling jauh di semenanjung iaitu Pulau Aur di Mersing, Johor bulan Okt 2019 dengan membawa sumbangan kepada sekolah, surau dan penduduk kampung.
7. PENGLIBATAN 13 SUKU KAUM ORANG ASLI
Sepanjang tahun 2019 YAK telah berprogram bersama 13 dari 18 suku kaum Orang Asli iaitu Temiar, Semai, Bateq, Kensiu, Kintak, Jakun, Temuan, Kanaq, Jahai, Lanoh, Semelai,Che Wong dan Jahut.
8. PROGRAM KHATAN BELANTARA ORANG ASLI 2019
Program kerjasama tim perubatan IMARET ke kawasan pedalaman SK Pos Kemar, Gerik, Perak dengan peserta khatan seramai 34 murid OA pada Nov 2019
9. PENAMPILAN DALAM MEDIA 2019
Surat Khabar: Sinar Harian, Metro, Berita Harian
Salam Perjuangan,
Yayasan Al-Khalifah

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...