PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

29 March 2019

LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI YANG DIJALANKAN NGO YAYASAN AL-KHALIFAH SEPANJANG TAHUN 2018


Yayasan Al-Khalifah (YAK) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006 fokus dalam melaksanakan misi kemanusiaan & dakwah kepada komuniti Orang Asli (OA) Malaysia.
RUMUSAN PROGRAM YAK 2018:
1. Program YAK sepanjang tahun 2018: 85 program
2. Program melibatkan Kampung OA: ± 100 buah
3. Kerjasama dengan agensi/kelab/NGO: ± 30 agensi
4. Program melibatkan sukarelawan luar: ± 500 orang
5. Penglibatan suku kaum OA: 12 suku kaum
6. Program Luar Negara: 2 kali
PROGRAM ‘IMPAK’ YAK 2018:
1. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR & KEROHANIAN SURAU KG ORANG ASLI 2018
i) MADRASAH DARUL SALAM, KG BERSAH, POS KUALA MU, SG SIPUT UTARA, PERAK
- Perlantikan imam, bilal, pengurusan OA bertugas dengan menaja RM800 sebulan.
- Aktiviti Kelas Fardhu Ain ‘Sayyid Khalifah’ selama setahun dengan menaja RM400 sebulan.
- Menukar sistem solar kepada sumber tenaga elektrik.
- Membina empangan sumber air bersih baru : RM6K.
- 2 tenaga pengajar ditaja umrah oleh dermawan.
ii) SURAU KG RAKOH, POS LENJANG, KUALA LIPIS, PAHANG
- Menaja pembinaan fasa 2: penambahan wiring, awning berandah dan dapur, longkang bernilai RM20K.
- Memasang sistem solar basic untuk surau.
- Bantuan kit famili kepada penduduk Muslim Pos Lenjang dan Pos Titom.
iii).SURAU KG NANGKA, POS LENJANG, KUALA LIPIS, PAHANG
- Menaja dana bangunan surau baru (konsep kayu) kepada penggerak JAKIM bernilai RM5K.
iv) SURAU KG LAMBOK, K BETIS, G MUSANG, KELANTAN
- Pembinaan projek bekalan Sistem Air Bersih Terawat Safewhere bernilai RM70K kerjasama IMARET dan ditaja penuh oleh Bank Simpanan Nasional.
v). SURAU RPS BALAR, GUA MUSANG, KELANTAN
- Mengubahsuai siling, bahagian depan dan mengecat surau dengan tajaan RM5K.
- Menaja set alat muzik Nasyid kepada SK Pos Balar.
vi) SURAU SK POS TITOM, KUALA LIPIS, PAHANG
- Ubahsuai bilik kelas kepada surau untuk kemudahan tenaga pengajar sekolah dan penduduk OA (Inisiatif bersama T6RM).
vii). SURAU AN NAIM, KG BESWOK, POS YUM, SG SIPUT UTARA, PERAK
- Sokongan mencari dana bangunan surau baru Kg Beswok dengan promosi video melalui ‘drone ababil’ menghasilkan kutipan awam sebanyak RM60K±.
2. PENGISLAMAN 2018
- Pengislaman 15 saudara baru Orang Asli dengan kerjasama rakan sinergi dakwah OA seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri & NGO.
- Pengislaman seramai 172 saudara baru rakyat Filipina (Misi dakwah antarabangsa ke Cebu, Filipina).
3. PROGRAM MEGA RAMADHAN & SYAWAL 2018
- Dikenali sebagai IHRAM Project 2018 (Projek Ihya Ramadhan bersama OA) selama tempoh 1½ bulan (Mei-Jun).
- Sumbangan terkumpul berbentuk tunai & fizikal barang dinilaikan sebanyak RM 50K±.
- Program bersama komuniti OA setiap negeri seluruh negara, membantu lebih kurang 42 buah kampung OA terdiri dari 8 suku kaum Orang Asli.
- Seramai 1000 keluarga OA mendapat manfaat & penglibatan 200 sukarelawan.
- 100% anjuran di lokasi dihadiri sendiri pegawai YAK.
4. SEMINAR KEBANGSAAN OA 2018
- Menghadiri Konvensyen Kepimpinan Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang (Ogos 2018).
- Program Multaqa Pendakwah Mualaf Se Malaysia di Kuala Lumpur (Okt 2018).
5. PROGRAM MEGA QURBAN 2018
- Dikenali sebagai Qurban X-Treme YAK 2018 pada 21-30 Ogos 2018.
- 3 lokasi Qurban pedalaman di Semenanjung Malaysia dengan kerjasama NGO:
i) Pos Balar, Kelantan: 2 lembu
ii) Pos Kuala Mu, Perak; 2 lembu
iii) Pos Brooke, Kelantan: 22 lembu
6. PROGRAM KEMANUSIAAN DAKWAH BORNEO 2018
- Program kemanusiaan, dakwah dan perubatan ‘Eksplorasi Borneo 4.0’ bersama komuniti suku Bajau Laut di pulau-pulau perairan daerah Semporna Sabah pada bulan Sept 2018 bersama Insan Selangor.
- Pulau terlibat: Pulau Mabul, Pulau Maiga, Pulau Bohey Dulang, Pulau Bum Bum.
7. PROGRAM DAKWAH ANTARABANGSA 2018
- Misi ‘Jejak Hidayah’ Dakwah Antarabangsa di Cebu, Filipina bersama IOA Kelantan (13-19 Okt).
- Misi Kemanusiaan Antarabangsa Pasca Gempa Bumi Lombok, Indonesia anjuran Muslim Care (8-10 Sept).
8. MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PEDALAMAN BELANTARA MUSIM TENGKUJUH @ 'MONSOON TRAIL 2018’
- Sebanyak 55 buah kenderaan 4x4 terlibat bersama 150 orang aktivis/sukarelawan dari pelbagai NGO dan kelab 4x4.
- Nilai sumbangan kemanusiaan lebih RM42K ±.
- Tarikh: 21-25 Dis 2018.
- Sumbangan pek kit kemanusiaan dan perubatan kepada 600 keluarga OA di laluan ‘Route O’ sejauh 150 KM Offroad iaitu Pos Hau -Pos Balar -Pos Belatim -Pos Bihai dalam daerah Gua Musang.
9. PENGLIBATAN 12 SUKU KAUM ORANG ASLI
Sepanjang tahun 2018 YAK telah berprogram bersama 12 dari 18 suku kaum Orang Asli iaitu Temiar, Semai, Bateq, Kensiu, Kintak, Jakun, Temuan, Kanaq, Jahai, Lanoh, Semelai dan Jahut.
10. PROGRAM BERKHATAN ASNAF OA DI 3 NEGERI
i) SK Pos Poi, Perak |11-12 Feb – 20 khatan
ii) SK Pos Balar, Kelantan | 9-12 Ogos - 9 Khatan
iii) SK Pos Lenjang, Pahang | 7-9 Dis -16 khatan
11. PENAMPILAN DALAM MEDIA 2018
Surat Khabar : Metro, Utusan Malaysia, Kosmo




Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...